CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25127|Reply: 26

[Tempatan] Berita malam misteri:MOT akan berusaha dapatkan kelulusan Kabinet teruskan pencarian MH370– Loke

  [Copy link]
Post time 4-3-2024 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi jaminan akan melakukan segala yang mungkin bagi mendapatkan kelulusan Kabinet menandatangai kontrak baharu dengan Ocean Infinity, untuk menyambung semula pencarian pesawat Malaysia Airlines MH730 yang hilang 10 tahun lalu.



Menterinya Anthony Loke berkata kementeriannya itu, akan mengambil tindakan berhubung perkara itu secepat mungkin.

“Saya gembira kerana terdapat sedikit kemajuan dalam beberapa penyelidikan dan teknologi baharu yang telah dibentangkan (kepada kami), dan kami amat berharap pencarian itu akan dapat menemui pesawat itu, serta memberikan perkara sebenar kepada waris terdekat.

“Sekali lagi, kami bersama-sama anda (keluarga mangsa tragedi MH370). Kami akan terus menyokong dan berdiri dalam solidariti dengan semua waris,” katanya semasa berucap pada program MH370: 10 Years Gone yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Loke berkata dia juga telah mengarahkan kementeriannya untuk menjemput Ocean Infinity ke Malaysia, dan memberikan taklimat kepadanya tentang cadangan no cure, no fee, mereka.

“Kami kini sedang menunggu mereka untuk memberikan tarikh yang sesuai dan saya berharap dapat bertemu dengan mereka tidak lama lagi. Kerajaan Malaysia tetap dengan azam dalam pencarian MH370.

Saya berharap keluarga dan rakan mangsa terus tabah. Kami amat bersimpati dan akan sentiasa berada dalam doa kami. Lebih penting lagi, kami akan menyokong anda,” katanya.

Jumaat ini (8 Mac) genap satu dekad sejak tragedi pesawat itu yang hilang tanpa jejak, menyebabkan banyak persoalan tidak terjawab dan ahli keluarga penumpang berada dalam ketidakpastian.

Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 orang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas.

Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi, namun pesawat atau bangkainya tidak ditemukan.

Sementara itu dalam sidang akhbar, Loke menjelaskan kontrak atau cadangan baharu Ocean Infinity mengenai pencarian pesawat itu, perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan daripada Kabinet kerana ia melibatkan implikasi kewangan, walaupun ia berdasarkan kepada ‘no cure no fee’.

“Kontrak sebelum ini telah ditamatkan, pencarian itu pada 2017 dan berakhir pada 2018. Sekarang ini cadangan baharu oleh Ocean Infinity, kami mulakan dengan cadangan ini berdasarkan dasar no find, no fee.

“Kami menjangka katakan, bermula pada bulan Jun dengan Ocean Infinity dan kami berharap pesawat itu ditemui dan apabila ia (Ocean Infinity) menemuinya, terdapat implikasi kewangan kepada Malaysia,” kata Loke, sambil menambah bahawa beliau yakin bahawa Kabinet akan meluluskan cadangan tersebut.

Ditanya sama ada Malaysia sudah berbincang dengan kerajaan Australia mengenai perkara ini, beliau berkata Malaysia akan berhubung dengan negara itu selepas Ocean Infinity memuktamadkan cadangannya.

“Buat masa ini, kami masih belum berhubung dengan kerajaan Australia, tetapi apabila Ocean Infinity telah memuktamadkan cadangan mereka, sudah pasti kami perlu berhubung dengan kerajaan Australia untuk mendapatkan kerjasama mereka agar pencarian dimulakan segera,” katanya. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2024 11:07 AM | Show all posts
harap zaman PMX kapal terbang ni bole jumpa la..bukan apa...rakyat2 PMX masa zaman dulu mengata Jibi mcm2..so skrg, buktikan la PMX
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Watpe nk cari lg? Tutup je lah buku. Kan kewangan kerajaan x mengizinkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 11:52 AM | Show all posts
berapa kos?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
No find, n9 fee maknanya tak jumpa maka tak dpt bayaran..

No cure, no fee ni amender pulak?
Dan baper fee?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:01 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 4-3-2024 11:53 AM
No find, n9 fee maknanya tak jumpa maka tak dpt bayaran..

No cure, no fee ni amender pulak?

sama la kot.. sbb both tu yg nak digunapakai utk kontrak baru ni kan?
no find, no cure, no closure la gamaknya.. no charge.
tapi kalau jumpa seketul serpih besar mana pon.. means ada find ke idok? ke ada portion2 ?

dengan keadaan kewangan negara kritikal camni.. berbelah bagi lak rasanya nak sokong usaha ni.
kesian kat waris.. and penemuan closure utk tragedi ni penting bukan saja utk waris.. tapi juga utk negara.. dan industri penerbangan dunia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2024 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 4-3-2024 12:01 PM
sama la kot.. sbb both tu yg nak digunapakai utk kontrak baru ni kan?
no find, no cure, no closure ...

Tatau la.. dgn cukai mcm2 ni, iols rasa baik closure dgn waris jahh.. tapi mebbe ada implikasi insurans ka apa so deme nak teruihkan jua.. bg iols, ni black hole kpd kewangan negara jua..

Now MAS management pun hauk.. org nak sapot pun berbelah bahagi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:05 PM | Show all posts
ocean infinity ni bukan ke co kapal selam yang burst dlm laut tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2024 12:23 PM | Show all posts
kucingitam replied at 4-3-2024 12:05 PM
ocean infinity ni bukan ke co kapal selam yang burst dlm laut tu ke?

"In July 2019, the company found the French Navy submarine Minerve, 50 years after its disappearance.[18] In 2020, Ocean Infinity also worked with Search INC to locate the battleship USS Nevada."


lama tuuuu


company ni dh lama dah
ada beberapa negara lg hired dorg utk cari kapal masing2


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 01:05 PM | Show all posts
membazir
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 01:21 PM | Show all posts
why not, kalau benda tu bermanfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 01:44 PM | Show all posts
adakah someone dapat share jugak curious je, jangan tangkap saya
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 03:22 PM | Show all posts
Ajaklah PRC share. Dorang lagi nak tau. Duit pun no issues for them.

Berapa potential financial return kalau projek ini berjaya? Kalau berbaloi boleh buat style oil exploration contract. Kalau jumpa minyak semua kos boleh claim plus future profit, kalau tak jumpa burn.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak sakau lagi ke?

Atau nk cakap terpaling berjaya keluarkan 370 ni?lagi betambah pemujaan ke PM... Haibatt
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dunia manusia sebegitulah, x boleh bercakap dgn jin dan haiwan, jin lautan mesti saksi dan tau, dan kucing itu saksi budak autisme dikidnap juga tau tapi x boleh bercakap dgn manusia
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke..
Xyah guna dana kerajaan atau yg melibatkan kepentingan umum boleh x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan PH terowong yg takde sayap pun boleh hilang, ada hati nak cari MH370 konon. Ni semua tak lain tak bukan nak sakau duit kerajaan masuk poket politician & kontraktor PH je ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini pon bakalan menurunkan nilai rm sajork..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 01:57 PM | Show all posts
Yang penting usaha pencarian kena ada
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat perabih ko boreh sajorkk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

15-4-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.193125 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list