CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5343|Reply: 0

[Sabah] KUSKOP akan pastikan PMKS terus berkembang pesat

[Copy link]
Post time 3-3-2024 07:43 PM | Show all posts |Read mode


BINCANG: Ewon mengunjungi reruai UDA Holdings yang mengadakan pameran dan kaunter perkhidmatan sepanjang majlis itu. UDA Holdings mempunyai peranan besar membangunkan sektor hartanah milik Bumiputera.

LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menggalas tanggungjawab besar memastikan sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negara ini terus berkembang pesat.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, usaha diperkasakan agar mampu memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi negara.

Beliau yakin, sokongan dan dukungan besar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembangunan PMKS termasuk menyediakan peruntukan pembiayaan yang besar akan merancakkan lagi pembangunan PMKS di negara ini.

“Selaku kementerian yang menerajui pembangunan PMKS, saya amat menghargai dukungan besar yang diberikan oleh Perdana Menteri termasuk menyediakan peruntukan pembiayaan dan latihan keusahawanan yang diperlukan oleh komuniti PMKS negara.

“Ini termasuk memberi peranan kepada agensi di bawah kementerian saya iaitu TEKUN Nasional  menjadi antara peneraju Dana Pembiayaan Kredit Mikro Bumiputera sebanyak RM1 bilion, yang memberi penekanan kepada golongan wanita, belia dan veteran tentera,” katanya dalam kenyataan media, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa pengumuman Perdana Menteri dalam ucapan sempena Majlis Penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB), di sini.

Ewon berharap, dana yang diumumkan itu akan meningkatkan lagi penyertaan usahawan wanita, belia dan veteran tentera dalam keusahawanan.

Beliau turut menyokong penuh saranan Perdana Menteri supaya semua hadiah berbentuk cenderakenangan semasa sambutan para pemimpin luar negara yang datang ke Malaysia daripada kraftangan tempatan sebagai sokongan kepada industri kraftangan tempatan.

“Saya sentiasa percaya bahawa gerakan keusahawanan dan koperasi serta gerakan pendidikan boleh menjadi benteng kemiskinan, iaitu satu lagi isu yang dikupas oleh Perdana Menteri bersempena dengan kongres ini,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.082325 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list