CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5366|Reply: 0

[Sabah] KPDN lancar Ops Kesan pantau kesan pelaksanaan kenaikan SST

[Copy link]
Post time 3-3-2024 07:40 PM | Show all posts |Read mode


ARMIZAN

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memulakan Ops Kesan 2024 bermula 1 Mac 2024.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, usaha itu bertujuan memantau kesan pelaksanaan peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada 6 peratus kepada 8 peratus.

"Ops Kesan akan digerakkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. Fokus pemantauan dan penguatkuasaan adalah untuk memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang bertentangan dengan perundangan pencatutan.

"Skop penguatkuasaan adalah meliputi sektor-sektor yang terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan dan keseluruhan rantaian perkhidmatan yang berkaitan.

"Ini termasuk pemantauan kepada sektor yang tidak terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan seperti makanan dan minuman," katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya kenaikan harga yang tidak munasabah dilakukan dan tidak sejajar dengan perundangan pencatutan.

Katanya, Ops Kesan telah dikuatkuasakan melalui Arahan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Bil. 8/2024 yang telah dikeluarkan pada 29 Februari 2024 dan dipanjangkan kepada semua KPDN Negeri.

"Pada masa yang sama, KPDN mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat dan bukti berkaitan tentang sebarang tindakan kenaikan harga tidak berwajaran yang dikenal pasti.

"KPDN akan membuat siasatan serta-merta di premis-premis terlibat. Aduan awam boleh dibuat kepada KPDN melalui platform aduan sebagaimana berikut:.

"WhatsApp iaitu 019-848 8000 / 019-279 4317, Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my, Call Centre 1-800-886-800 dan  Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056603 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list