CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3059|Reply: 0

[Sabah] PDRM digesa tingkatkan rondaan di kawasan bandaraya

[Copy link]
Post time 3-3-2024 06:07 PM | Show all posts |Read mode


CHIN

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa supaya meningkatkan rondaan di kawasan bandaraya bagi menjamin keselamatan orang ramai.

Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Liberal Demokratik (LDP) Chin Vun Pheaw berkata, pihaknya banyak menerima aduan mengenai isu keselamatan baru-baru ini.

Katanya, aduan itu mencerminkan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan mereka terutamanya di kawasan bandaraya.

“Saya menerima aduan mengenai cermin kereta anaknya dipecahkan oleh lelaki tidak dikenali dipercayai untuk mencuri barang berhampiran kawasan Jesselton Point.’

“Mujur, cubaan pencuri terbabit tidak berjaya selepas orang ramai menjerit dengan tindakannya itu,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian rompakan dan serangan terhadap seorang pelancong wanita di bandaraya baru-baru ini juga perlu diambil perhatian oleh pihak polis.

Katanya, kes-kes rompakan dan kecurian yang sering berlaku di daerah ini memerlukan tindakan pihak polis memandangkan bandaraya ini terkenal dengan sektor pelancongan.

“Saya berterima kasih kepada pihak polis yang berjaya menahan penjenayah yang disyaki aktif melakukan jenayah di daerah ini,
“Namun, masih ramai lagi penjenayah yang berada di sekeliling kita dan mereka hanya menunggu peluang untuk melakukan jenayah,” katanya.

Chin berharap pihak polis dapat mengadakan serbuan bersar-besaran di kawasan tumpuan jenayah demi keselamatan penduduk di sini.

“Orang ramai juga digesa supaya memberikan kerjasama dengan pihak polis sekiranya berlaku perkara yang mencurigakan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.061611 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list