CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2686|Reply: 0

[Sabah] Tiga rumah terbakar di Inanam

[Copy link]
Post time 3-3-2024 05:27 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di Kampung Dambai, Jalan Kionsom Inanam di sini.

KOTA KINABALU: Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Dambai, Jalan Kionsom Inanam di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, kejadian jam 2.45 petang itu bagaimanapun tidak membabitkan ssbarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

Katanya, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 2.57 petang.

“Bertindak dengan panggilan, sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran.

"Kebakaran melibatkan empat buah rumah jenis tidak kekal iaitu tiga rumah musnah habis manakala sebuah lagi terbakar 50 peratus.

"Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 200 kaki satu pancutan dari jentera BBP Lintas dan satu aliran 100 kaki satu pancutan dari Jentera BBP Kota Kinabalu.

"Sumber air diperolehi dari Water Tanker dan pili bomba berhampiran dengan operasi dilaporkan terkawal pada jam 3.44 petang seterusnya api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.35 petang," katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya lagi, operasi berkenaan turut dibantu agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.073277 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list