CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6263|Reply: 0

[Selangor] KWSP perkenal inisiatif pastikan rakyat ada simpanan 20 tahun selepas bersara

[Copy link]
Post time 3-3-2024 01:53 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ahmad Zulqarnain Onn pada Pengumuman dividen KWSP di Menara KWSP, Persiaran Kwasa Utama. NSTP/ASWADI ALIAS

SHAH ALAM: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan beberapa inisiatif bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai simpanan sehingga tempoh 20 tahun selepas persaraan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru dilantik, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata jangka hayat rakyat Malaysia pada tahun 2020 adalah sehingga 77 tahun berbanding 55 ketika KWSP ditubuhkan sekitar 1950-an.

Katanya, bagaimanapun had umur pengeluaran itu tidak mengikut rentak umur persaraan semasa.

"Sehubungan itu, KWSP membuat penstrukturan semula akaun bagi memenuhi keperluan ahli semasa dan akan datang di tengah-tengah jangka hayat yang paling lama.



"Antara langkah yang dilakukan adalah menggalakkan pencarum mendaftar dalam program 'Voluntary Excess' yang membolehkan ahli menyumbang lebih daripada kadar berkanun sedia ada iaitu 11 peratus.

"Selain itu, ahli juga boleh menambah simpanan menerusi program caruman sukarela (VC)," katanya pada taklimat prestasi kewangan KWSP, di sini, hari ini.

Ahmad Zulqarnain berkata, KWSP mahu lebih ramai pencarum untuk memenuhi asas simpanan yang minimum dengan menaikkan tahap sumbangan.

Katanya, pencarum juga disaran supaya tidak mengeluarkan semua simpanan dalam akaun KWSP selepas mencapai umur persaraan 55 tahun.

"Simpanan itu perlu dilihat sebagai pengganti kepada pendapatan bulanan yang tidak lagi diperolehi selepas bersara dan dimasukkan ke dalam akaun setiap bulan.

"Orang ramai boleh mengarahkan KWSP untuk memasukkan wang berkenaan secara bulanan ke dalam akaun pencarum selepas bersara," katanya.

Ahmad Zulqarnain berkata, tambahan kepada tahun pengumpulan juga akan meningkatkan simpanan kepada pendapatan persaraan yang lebih tinggi.

Katanya, seseorang yang mempunyai simpanan sebanyak RM479,000 ketika umur bersara 55 tahun dan tidak membuat pengeluaran sehingga 60 tahun akan mendapat pengumpulan simpanan tambahan sebanyak 40 peratus.

"Tambahan sebanyak 40 peratus akan meningkatkan simpanan kepada RM665,000 dan membolehkan pengeluaran sebanyak RM4,701 untuk tempoh 20 tahun.

"Manakala, pengumpulan simpanan tambahan untuk tempoh 10 tahun adalah 90 peratus dengan purata pengeluaran RM6,425 bagi tempoh 20 tahun," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-simpanan-20-tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.945290 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list