View: 6993|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Operasi besar-besaran pantau sektor perniagaan
[Copy link]
|
|
Jalaluddin Alias
Jelebu : Operasi penguatkuasaan ke atas semua sektor perniagaan di negeri ini akan diperhebat dan dijalankan secara besar-besaran bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan berikutan kenaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus bermula 1 Mac lalu.
Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata operasi itu bertujuan memantau kesan pelaksanaan perubahan kadar cukai itu agar ia tidak menjadi masalah khususnya kepada rakyat di negeri ini.
"Operasi itu bagi memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang bertentangan dengan perundangan pencatutan.
"Fokus penguatkuasaan bukan sahaja meliputi sektor yang terbabit dengan perubahan kadar cukai itu malah sektor lain seperti makanan, telekomunikasi, logistik dan tempat letak kereta," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.
Beliau berkata, ia perlu dipantau dengan lebih ketat bagi memastikan tiada pihak yang sengaja mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan perkhidmatan.
Katanya kerajaan mahu memastikan rakyat tidak terkesan dengan kenaikan dua peratus SST itu memandang kenaikan itu antara usaha kerajaan bagi memastikan kadar defisit dan paras hutang negara kekal berada pada tahap yang rendah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-sektor-perniagaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|