View: 7807|Reply: 8
|
[Tempatan]
Menantu, mentua maut kereta terjunam ke dalam laut
[Copy link]
|
|
Pasukan penyelam membawa keluar mangsa selepas kereta yang dinaiki terjunam ke dalam laut di Batu 7, Kampung Payang, Lahad Datu. - Foto Sinar Harian
LAHAD DATU: Dua lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki terjunam ke laut dalam kejadian di Batu 7, Kampung Payang, di sini malam tadi
Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Edwin, 25, dan bapa mentuanya, Chan Wai Hou, 66, ditemukan pasukan penyelamat pada kedalaman 12 meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.50 malam.
Menurutnya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 18 kilometer dari BBP Lahad Datu.
"Menurut maklumat, berlaku kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi yang terbabas sendiri dan terjunam ke dalam laut di mana terdapat dua mangsa terlibat yang belum dijumpai.
"Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi penyelamatan dengan bantuan bot dan penyelam daripada sebuah syarikat dan menerusi selaman pertama telah berjaya menarik keluar seorang mangsa dari kereta tersebut pada jam 12.06 tengah malam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Sumsoa berkata, pencarian mangsa kedua diteruskan dengan menarik keluar kereta tersebut ke kawasan yang lebih cetek.
"Tindakan seterusnya adalah dengan mengikat tali pada kereta untuk ditarik menggunakan sistem takal ke kawasan yang lebih cetek untuk mencari mangsa yang kedua.
"Selaman kedua dilakukan oleh pasukan bomba menggunakan set penyelam milik syarikat dan mangsa kedua berjaya ditemukan pada jam 1.31 pagi. Kedua-dua mangsa ditemui pada kedalaman 12 meter dan sejauh 15 meter dari tebing mereka terjunam," katanya.
Tambah beliau lagi, kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 1.58 pagi," katanya. - Sinar Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mak aih
Dalam nya ..huk3...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu laa dlmnya....dulu² selalu g beli ikan kat pasar lahad datu,lautnya kotor jadi tmpt org buang smpah,skrng ni xtau laa mcm mana keadaannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laut ni berhantu..aku pernah tertido dlm kereta, mengigau start enjin nak drive balik tapi ..nasib baik adik angkat aku sedarkan masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
One of my biggest nightmares is lemas lagi lagi dalam kereta ruang yang sempit. Salam takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 3-3-2024 06:09 PM
Laut ni berhantu..aku pernah tertido dlm kereta, mengigau start enjin nak drive balik tapi ..nasib b ...
adik angkat yg sama ke lain |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 4-3-2024 08:58 AM
adik angkat yg sama ke lain
Yang sama.
Dia bersembang dgn org lain kat luar kereta...aku pulak tido dlm kereta.
Padahal aku yg ajak lepak kat pantai mula mula.![](static/image/smiley/miluegg/shy.jpg)
Terus dia tak nak lepak situ dh kalau aku tido...kalau makan McD dia okey lepak situ...![](static/image/smiley/miluegg/bigsmile.jpg) |
|
|
|
|
|
|
| |
|