CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20755|Reply: 0

[Sabah] 81,000KG ayam beku dirampas

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:26 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Rampasan 81,000 kilogram daging ayam beku oleh JKDM Zon Sabah.
KOTA KINABALU: Taktik peniaga mengelak cukai dengan tidak mengisi borang kastam yang betul membawa padah selepas 81,000 kilogram daging ayam beku dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah dalam satu operasi di sini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, rampasan membabitkan nilai dagangan sebanyak RM186,300 beserta cukai dilaksanakan anggota penguatkuasaan pada 2 dan 8 Februari lalu.

“Bertindak dengan maklumat masing-masing pada jam 3.10 petang 2 Febuari dan jam 11.00 pagi 8 Febuari lalu, Cawangan Risikan Negeri, JKDM Zon Sabah, pasukan pemeriksa dianggotai oleh pegawai serta anggota Bahagian Penguatkuasaan, JKDM Zon Sabah membuat pemeriksaan terhadap tiga kontena yang tiba dari Pelabuhan Klang Selangor.

“Kontena ini diikrar mengandungi dagangan 'Frozen Chicken Part, Boneless Breast dan Frozen Chicken Part serta Bone In Legs'.

“Hasil pemeriksaan fizikal terhadap tiga buah kontena itu mendapati dagangan yang dimuatkan dalam kesemua kontena itu adalah daging ayam beku yang terdiri daripada bahagian dada ayam dan tulang paha ayam,” katanya semasa sidang media di Pelabuhan Sepanggar di sini.

Menurutnya, kesemua muatan daging ayam beku ini berasal dari Thailand dan dibawa masuk ke negara ini melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 16 Januari lalu dengan menggunakan borang kastam no.8 (in-transit) menggunakan mod darat dan destinasi seterusnya adalah ke Pelabuhan Klang.

“Hasil semakan pihak Kastam juga mendedahkan barang dagangan mendapati pengimport menggunakan borang K3, dan ini adalah mematuhi Peraturan Kastam mengenai pemindahan barang berstatus 'in-transit'.

“Kontena ini didapati melakukan aktiviti in-transit di Zon Bebas Pelabuhan Klang yang perlu diikrar menggunakan barang dagangan sepatutnya iaitu Borang Kastam K1,” katanya.

Beliau berkata, semakan lanjut juga mendapati dagangan yang perlu menggunakan Borang Kastam K1 semasa pergerakan keluar daripada Zon Bebas ke Pelabuhan Klang dan seterusnya menggunakan Borang K3 dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Sepanggar.

“Dagangan ini bagaimanapun didapati tidak diikrar menggunakan Borang K1 semasa keluar dari Zon Bebas sebaliknya terus diikrar menggunakan Borang K3.
“Nilai dagangan di dalam tiga buah kontena ini dianggarkan bernilai RM 931,500 dengan cukai terlibat sebanyak RM 186,300.

“Kesemua barang dagangan ini ditahan serta disita, manakala kes ini masih dalam siasatan lanjut dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Jabatan bagi tindakan selanjutnya selepas siasatan selesai,” katanya.

Katanya, kes yang menggunakan modus operandi (MO) iaitu pihak syarikat dan agen yang terlibat mengelakkan cukai tanpa menggunakan Borang Kastam No 1 sedang disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(g), Akta Kastam 1967.

“Sekiranya sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda nilai barangan dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda nilai barangan itu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan melibatkan rokok, minuman keras, mercun, kenderaan dan lain-lain termasuk dadah serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti terbabit.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah ia turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau juga menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktivit penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1 800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

Katanya, pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.077593 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list