CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20644|Reply: 0

[Sabah] UMS anjur seminar tingkat kefahaman pelaksanaan cukai pegangan

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:23 PM | Show all posts |Read mode


SEMINAR: 84 peserta menyertai seminar cukai pegangan anjuran Jabatan Bendahari UMS selama dua hari di Hotel Promenade Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil inisiatif berkongsi ilmu dalam meningkatkan kefahaman pelaksaaan cukai pegangan bersama rakan-rakan universiti.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, program ini dijalankan selama dua hari dengan disertai 84 wakil daripada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta serta agensi awam lain.

“Sebagai sebuah universiti awam yang sudah melaksanakan cukai pegangan, penganjuran seminar ini juga satu medium dua hala yang baik untuk meningkatkan kefahaman bersama.

”Selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara untuk meningkatkan tahap profesionalisme Universiti Awam dalam pengendalian kelestarian kewangan dan percukaian, UMS mula melaksanakan cukai pegangan sebagai satu bentuk manifestasi kepada seruan ini pada 2017.

”Kita juga berharap dapat memberikan input berkaitan pengurusan serta impak cukai pegangan dalam kewangan agensi antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan wakil universiti awam, swasta dan agensi awam yang hadir melalui seminar ini,” katanya semasa merasmikan seminar.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Dr. Rosalam Sarbatly.

Terdahulu, Bendahari UMS, Badrul Hisham Ismail berkata, seminar itu juga membolehkan peserta mengaplikasikan ilmu pengetahuan bagi peningkatan kerjaya dan organisasi ke peringkat kebangsaan.

”Selain itu juga, ia dapat mewujudkan dan mempereratkan hubungan dengan agensi-agensi lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat.

“Dengan pengisian yang padat, diharapkan seminar ini akan dapat memberikan manfaat kepada usaha kita secara bersama dalam memantapkan lagi pelaksanaan cukai pegangan di institusi masing-masing,” katanya.

Hadir sama Bendahari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr. Mazlan Kiflie, Pengarah Pusat Pelaburan Endowmen dan Wakaf (CIEW) UMS Dr. Borhan Sareya Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Seminar Mohamad Edrus Othman.  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.426297 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list