CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19102|Reply: 0

[Sabah] Christina dianugerahkan The Most Outstanding Women Award

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:16 PM | Show all posts |Read mode


CEMERLANG: Christina (lima kanan) menerima anugerah yang disampaikan Juliah, turut kelihatan Susan (tiga kiri).

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew menerima anugerah 'The Most Outstanding Women Award' sempena dengan Hari Wanita Sedunia, di sini semalam.

Beliau menerima anugerah itu pada Majlis Sambutan dan Makan Malam Penghargaan Hari Wanita Sedunia 2024 anjuran Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (USCCA KK).

Christina ketika ditemui berkata, beliau menghargai usaha murni USCCAKK yang dipimpin Datuk Susan Wong.

"Saya mahu berkongsi pengiktirafan ini bersama semua wanita dari komuniti Tionghua serta komuniti lain.

"Pemerkasaan wanita menerusi latihan dan pendidikan dengan pelbagai komiten merupakan alat penting untuk kita mencapai kejayaan diperingkat lebih tinggi.

"Wanita yang boleh melakukan pelbagai tugasan mampu bersama-sama golongan lelaki memerintah dunia ini, sekiranya mereka (wanita) yakin, fokus dan percaya kepada keupayaan sendiri," katanya.

Christina sebelum ini merupakan seorang peguam selama 20 tahun sebelum menceburi arena politik, seterusnya dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar pada 2018.

Katanya, berdasarkan pemerhatiannya Wanita Malaysia di Sabah mempunyai potensi tinggi untuk mencapai kemajuan tanpa mengira di sektor awam atau swasta dalam pelbagai bidang.

Sementara itu, Susan berkata, pengiktirafan kepada Christina adalah berdasarkan sumbangan beliau terhadap pembangunan masyarakat di Sabah dan Malaysia keseluruhannya.

Menyifatkan Christina sebagai role modelnya, Susan berkata Christina wajar dicontohi oleh setiap golongan wanita Malaysia di Sabah.

"Beliau juga merupakan Timbalan Ketua Menteri wanita pertama dalam sejarah di Sabah pada 2018.

"Ketabahan, kecekalan dan kepintaran beliau adalah sumber inspirasi kepada semua wanita di negeri ini.

"Christina juga sering membantu rakyat walaupun sebelum beliau menjadi wakil rakyat pada 2013.

"Beliau tegas dalam pendiriannya, tidak mudah berputus asa walaupun terdapat naik dan turunnya perjalanan politiknya sejak 1980," katanya.


ALBUM: Christina (tujuh kanan), Juliah (tujuh kiri) dan Susan (enam kiri) bersama tetamu kehormat dan para penerima anugerah Outstanding Women Entrepreneur Awards merakamkan gambar kenangan.

Susan juga berbangga Christina berjaya sekali lagi menjadi Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Menurutnya, golongan wanita muda mungkin tidak mengetahui bahawa Christina adalah wanita Cina pertama bertanding di kerusi Parlimen Tawau pada Pilihan Raya 1986.

"Christina seorang pemimpin wanita yang aktif dan dinamik walaupun pada zaman ketika beliau masih muda.

"Untuk rekod, Christina juga pengasas kepada Tawau Chinese Women Association pada 1989 dan menjadi peneraju kepada pembentukan beberapa persatuan yang sama.

"Ini memberi ruang kewujudan Sabah United Chinese Women Association (SUCWA) pada 1995 dan memimpin pertubuhan itu sebagai Pengasas Presiden pada 1996 sehingga 1998.

"Ia menjadi instrumen kepada penubuhan Confederation of Sabah and Sarawak Federations of Chinese Women Associations dan menjadi Protem Timbalan Presiden pada 1996, sebelum memimpin pertubuhan itu sebagai Presiden, kemudian Presiden Kehormat sehingga awal tahun pada era Milenium baharu," katanya.

Hadir sama ialah Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.380913 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list