CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19079|Reply: 0

[Sabah] Tanjung Ria Kitchen tawar pelbagai juadah berbuka puasa

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:15 PM | Show all posts |Read mode


MENARIK: Kepelbagaian juadah yang disediakan adalah sangat menyelerakan.

KOTA KINABALU: Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, Tanjung Ria Kitchen Hyatt Regency Kinabalu akan menyediakan juadah berbuka puasa yang menyelerakan untuk seisi keluarga.

Sambutan Ramadan dan Hari Raya kini hampir tiba dan Hyatt Regency Kinabalu adalah lokasi paling sesuai kepada seisi keluarga, mereka yang dicintai, rakan perniagaan untuk merapatkan hubungan, berbuka puasa dan mencipta kenangan dalam perayaan itu.

Hotel ini menawarkan cenderamata Iftar yang menarik, Hari Raya Goodies serta pelbagai pilihan juadah tradisional tempatan dan antarabangsa.

Pengurus Besar Hyatt Regency Kinabalu Thor Gervasi berkata, hidangan Bazar Bufet yang ditawarkan Tanjung Ria Kitchen adalah disediakan oleh para chef yang berpengalaman, sekali gus mewujudkan hidangan yang sesuai dengan pelbagai bangsa di Malaysia seperti Cina, Melayu dan India.

Katanya, bufet yang disediakan akan diubah setiap minggu.  Pada minggu pertama hidangan seperti Mee Rebus, Pasembur dan Rendang Tok akan ditawarkan.
"Pada minggu kedua, juadah seperti Otak-Otak, Ayam Percik, Ikan Tenggiri Tempoyak ditawarkan.

"Minggu ketiga, Bubur Lambok, Gulai Tempoyak Pucuk Ubi Ikan Masin, Lamb Shank Curry akan ditawarkan kepada pelanggan. Sementara  pada minggu keempat  hidangan seperti  Nasi Biryani Kambing, Udang Galah Masak Sambal dan Rendang Itik akan dihidangkan," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, kesemua menu juadah berkenaan akan mula ditawarkan pada 11 Mac sehingga 9 April 2024, diantara 6 petang sehingga 9.30 malam sahaja.


TARIKAN UTAMA: Menu yang menjadi keutamaan ini wajib dinikmati oleh setiap pelanggan.

Katanya, harga untuk setiap pelanggan dewasa adalah RM178 dan RM89 untuk kanak-kanak.

"Pelanggan yang merupakan ahli Hyatt pula layak mendapat diskaun sebanyak 20 peratus.

"Sementara itu, untuk hidangan Sahur, Tanjung Ria Kichen juga menawarkan bufet sarapan pagi yang menarik.

"Antaranya ialah Rendang, Ayam Masak Merah, Udang Tomato, Sayur Lodeh dan banyak lagi," katanya.

Katanya, tawaran berkenaan hanya sah dari 11 Mac sehingga 9 April 2024 pada jam 3 pagi sehingga 4.30 pagi sahaja.

Menurutnya, harga ditawarkan adalah RM60 untuk setiap pelanggan dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.

Selain itu katanya, penggunaan ruangan ballroom untuk melaksanakan program ketika tempoh Ramadan turut menawarkan pakaj makan malam Citarasa Warisan Kampung.

"Pakej berkenaan ditawarkan bermula 16 Mac sehingga 31 Mac 2024, sesuai untuk para pelanggan mengadakan program-program berkaitan.

"Hidangan bufet berkenaan menawarkan harga RM150 untuk setiap pelanggan dewasa dan RM75 kepada kanak-kanak," katanya.

Dalam pada itu, Hyatt Regency Kinabalu juga menawarkan set hidangan bawa pulang. Set berkenaan yang dikenali A'ilah Sa'idah, menawarkan hidangan seperti Ayam Percik, Lamb Green Curry, Ikan Masak Lemak, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak, dan pencuci mulut.

Katanya, pelanggan hanya perlu membuat tempahan dua jam lebih awal dan datang untuk mengambil makanan berkenaan daripada Mosaic diantara jam 3 petang sehingga 5 petang sahaja.



PELBAGAI: Hidangan kuih muih yang menyelerakan.

"Tawaran ini bermula pada 11 Mac sehingga 9 April 2024, dengan setiap set makanan berharga RM350, hidangan berkenaan boleh dinikmati sehingga empat orang.

"Terdapat juga Bubur yang ditawarkan hanya berharga RM20 setiap satu dengan hidangan pencuci mulut pelbagai perasa seperti Bandung Laici, Durian dan Calamansi Asam Boi untuk RM12 setiap scoop," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.063406 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list