CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9805|Reply: 0

Motta taruhan terbaharu Perak FC

[Copy link]
Post time 2-3-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode

MOTTA ingin memastikan kehadirannya ke pasukan Perak FC akan menghasilkan impak positif. FOTO Ihsan Perak FC

Kuala Lumpur: Pemain tengah kelahiran Brazil, Luiz Motta menjadi taruhan import terbaharu buat Perak FC bagi menghadapi saingan Liga Super musim 2024/2025.

Dengan pengalaman yang ada kepada Motta, sudah pasti ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah mengharapkan sesuatu yang cemerlang kepada pemain ini selepas musim lalu posisi berkenaan menjadi masalah kepada mereka.

Bagi Motta, dia ingin memastikan kehadiran ke pasukan Perak FC akan menghasilkan impak positif dan membantu kelab mencapai sasaran yang diletakkan.

"Hai saya Luiz Henrique Motta, berusia 26 tahun dan saya dari Brazil. Saya di sini untuk membantu anda (Perak FC) mencapai matlamat anda. Kejor Yop Kejor," katanya secara melalui pengenalan video pendek di laman rasmi Facebook Perak FC.



Untuk rekod, sebelum berhijrah ke The Bos Gaurus, pemain berusia 26 tahun itu beraksi di Liga Paulista Serie A2, Brazil bersama Comercial Futebol Clube dan dia berjaya meledak lima jaringan daripada sembilan penampilan pada musim 2023/2024.

Kemasukan Motta ke Perak FC, ini bermakna mereka ketika ini sudah mempunyai tujuh pemain import antaranya Luciano Guaycochea, Sunday Afolabi Kolawole, Luka Milunovic dan Jasper Nyholm, Lee Tae Min dan Adilet Kanybekov.

Selain itu, mereka turut memperkuatkan pasukan dengan kehadiran pemain tempatan yang berbakat seperti Ariff Ar-Rasyid Ariffin, Mohamad Ramadhan Ab Hamid, Nur Azfar Fikri Azhar dan Tommy Mawat.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan Perak FC melakukan transformasi dengan lebih 70 peratus pemain baharu akan memperkuatkan skuad The Bos Gaurus bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim 2024/2025.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -terbaharu-perak-fc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.048642 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list