CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9876|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kedai ayam jijik!

[Copy link]
Post time 2-3-2024 04:47 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN pusat sembelihan ayam yang diserbu DBKL di Kampung Cheras Baru.

Kuala Lumpur: Beroperasi dalam keadaan persekitaran yang kotor selain ayam disembelih oleh warga asing.

Itu antara penemuan hasil serbuan sepasukan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap sebuah pusat sembelihan ayam yang kotor di Kampung Cheras Baru di sini, semalam.

DBKL dalam kenyataannya berkata, melalui operasi Jabatan Penguatkuasaan serta Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL itu,

pihaknya menemui ayam siap diproses dan diletakkan di atas lantai kotor di premis itu.



"Selain itu, terdapat air sisa darah, tulang dan bulu juga dilepaskan terus ke longkang awam. Pusat sembelihan ini juga didapati tidak mempunyai loji rawatan air yang sesuai dan air yang digunakan untuk membersihkan ayam juga tidak diganti secara berkala.

"Selain beroperasi tanpa lesen perniagaan, kesemua pekerja membabitkan warga asing juga didapati tidak mendapatkan suntikan typhoid dan tiada sijil pengendali makanan," katanya.

Lokasi ini juga ini juga membabitkan tiga syarikat yang berbeza walaupun berada di lokasi sama.

"DBKL juga mengeluarkan sebanyak tiga notis perintah penutupan premis dikeluarkan di bawah UUK 28(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan berkuatkuasa serta merta.

"Selain itu 3 kompaun mengikut Seksyen 47(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, 2 kompaun di bawah seksyen 23(3)(b) dan 3 kompaun di bawah seksyen 33(3) UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 turut dikeluarkan kepada pihak operator," katanya.

DBKL juga akan merujukkan kes ini kepada Jabatan Agama Islam, Jabatan Alam Sekitar serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk tindakan susulan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 67/kedai-ayam-jijik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.087149 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list