CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7283|Reply: 0

[Kelantan] 'Bariah tak nak baju raya, petanda nak tinggalkan ibu'

[Copy link]
Post time 2-3-2024 01:48 PM | Show all posts |Read mode

Khairul Bariah (tengah) menghembuskan nafas terakhir jam 3.30 pagi tadi di Hospital USM Kubang Kerian.

Kota Bharu: "Beberapa hari lalu saya menyuarakan pendapat untuk membeli baju raya kepadanya tapi Bariah enggan dengan memberikan alasan mungkin tak sempat memakainya nanti," kata Nurul Huda Ibrahim.

Rupanya kata-kata Khairul Bariah Mohd Sukri, 19, menjadi kenyataan apabila remaja yang menghidap kanser hidung sejak tujuh bulan lalu itu meninggal dunia jam 3.30 pagi tadi ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Nurul Huda, 38, berkata anak sulungnya itu sudah empat hari dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian kerana keadaannya semakin teruk.

"Sel kanser Bariah semakin merebak sehingga ke dalam mulut menyebabkan dia kurang selera makan dan dia juga baru saja selesai menjalani rawatan kimoterapi kali kedua.


"Saya ada memberitahunya untuk membelikan baju raya manakala ibu saudaranya pula ingin menghadiahkan kain sembahyang namun ditolak Bariah dengan mengatakan mungkin dia sudah tidak sempat memakainya nanti.

"Rupanya kata-kata itu betul dan Bariah meninggalkan kami jam 3.30 pagi tadi selepas mengadu sesak nafas dan saya sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nurul Huda berkata, beberapa bulan lalu keadaan anaknya dilihat semakin pulih namun kebelakangan ini kembali teruk malah kedua bebola matanya juga hampir tersembul keluar.

Kisah Khairul Bariah yang juga anak sulung dari dua beradik itu pernah disiarkan dalam akhbar baru-baru ini dan menerima simpati banyak pihak apabila kesan daripada sel pembunuh senyap itu turut melenyapkan deria penglihatannya.

Nurul Huda berkata, sejak menderita kanser hidung, setiap hari anaknya itu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menguruskannya tanpa jemu malah ungkapan maaf juga tidak lekang di bibirnya

"Saya mengatakan padanya dia tidak pernah menyusahkan kami dan sudah tugas saya untuk menjaganya sambil menasihatinya agar terus kuat.

"Tidak sangka Bariah akan pergi secepat ini tanpa sempat menyambut Ramadan dan Syawal bersama keluarga namun kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya sambil memberitahu jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedai Buloh, di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -nak-tinggalkan-ibu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.449788 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list