CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6947|Reply: 0

Sekarang era Man City - Guardiola

[Copy link]
Post time 2-3-2024 12:01 PM | Show all posts |Read mode

Pep Guardiola tidak boleh menjamin yang Manchester United akan sentiasa berada di belakang selama dia membimbing Manchester City. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Pep Guardiola sedar kejayaan tidak kekal selamanya dan dia tidak boleh menjamin yang Manchester United akan sentiasa berada di belakang selama dia membimbing Manchester City.

Pemilik baharu Man United, Jim Ratcliffe bertekad akan merampas penguasaan City dan Liverpool di persada Liga Perdana Inggeris dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Bagaimanapun angan-angan itu jauh berbeza daripada hakikat kedudukan liga ketika ini.

United akan bertandang ke Stadium Etihad dengan jurang 15 mata di belakang juara bertahan itu dan mungkin akan terlepas kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.



Namun Guardiola tidak terancam dengan impian seteru tetangganya itu dan berkata City akan meneruskan penguasaan.

"Di era 80-an ia adalah milik Liverpool, United menguasai era 90-an dan kini kami memenangi tujuh gelaran Liga Perdana Inggeris sejak 11 atau 12 tahun lalu.

"Kini ia sudah berlaku. Dalam tempoh 50 atau 60 tahun, belum ada ada sebuah negara yang hanya ada satu pasukan mendominasinya. Kami akan cuba mempertahankannya selama yang boleh," kata Guardiola. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -man-city-guardiola
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.057475 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list