CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4917|Reply: 0

Kelleher buat pilihan tepat - Klopp

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:31 AM | Show all posts |Read mode

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp gembira penjaga golnya, Caoimhin Kelleher memilih untuk kekal di Anfied pada musim panas lalu. - Foto AGENSI

LIVERPOOL: Jurgen Klopp gembira penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher memilih untuk kekal di Anfied selepas perbincangan berkenaan masa depannya pada musim panas lalu.

Kelleher meluahkan rasa kecewanya kepada Klopp kerana terpaksa menjadi sokongan kepada Alisson, namun tiada tawaran sesuai buatnya dan pengendali itu berjaya memujuknya untuk kekal di Anfield.

Keputusan itu ternyata berpihak kepada penjaga gol 25 tahun dari Ireland itu apabila dia berpeluang membuktikan kehebatannya di gawang Liverpool selepas Alisson mengalami kecederaan hamstring.

Kelleher, yang akan memulakan permainan sekali lagi di Nottingham Forest malam ini, memenangi kesemua lima aksi Liga Perdana Inggeris diharunginya musim ini dan tidak dibolosi dalam kemenangan final Piala Liga ke atas Chelsea hujung minggu lalu.



"Memang normal untuk pemain yang sentiasa bersedia. Perkara paling penting ialah kami perlu membantunya untuk bermain lebih banyak perlawanan.

"Dia kerap beraksi dalam Liga Europa, Piala Liga dan beberapa perlawanan Liga Perdana juga. Saya rasa kini dia cukup gembira dengan keputusan yang dibuat pada musim panas lalu.

"Untuk kelab seperti Liverpool, jurang antara penjaga gol pertama dan kedua tidak boleh terlalu besar. Perlu ada kualiti kerana bola sepak memerlukan penjaga bermain empat tahun berturut-turut dalam semua pertandingan," kata Klopp. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... pilihan-tepat-klopp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.045539 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list