CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4639|Reply: 0

PSG mula abaikan Mbappe

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:25 AM | Show all posts |Read mode

MBAPPE mengawal bola ketika bertemu Monaco. FOTO AFP

Paris: Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique berkata dia mengeluarkan Kylian Mbappe 'untuk kebaikan pasukan' apabila kapten Perancis itu digantikan pada separuh masa kedua ketika kelab itu seri 0-0 menentang Monaco, awal pagi tadi.

Mbappe tidak cedera dan muncul dari bilik persalinan PSG pada awal separuh masa kedua dengan memakai tracksuit, tersenyum dan bercakap di telefon sebelum duduk di tempat duduk untuk menonton baki perlawanan.

Tanpanya PSG bernasib baik meraih keputusan seri namun ia tetap membolehkan mereka melebarkan pendahuluan di puncak liga kepada 12 mata berbanding Brest yang akan beraksi esok.

PSG semakin hampir untuk mempertahankan kejuaraan tetapi tumpuan untuk pasukan Luis Enrique adalah pada perlawanan kedua peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Real Sociedad Rabu ini, di mana mereka mendahului 2-0 pada pertemuan pertama bulan lalu.



Masih belum dapat dipastikan apakah peranan yang akan dimainkan Mbappe dalam perlawanan itu, memandangkan dia kini hanya bermula di bangku simpanan atau digantikan dalam setiap tiga perlawanan sejak memberitahu kelab itu bahawa dia akan meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini.

"Ia adalah 100 peratus keputusan jurulatih, kerana lambat laun kami perlu membiasakan diri bermain tanpa Kylian Mbappe," kata Luis Enrique.

"Saya mengambil keputusan ini untuk kebaikan pasukan," katanya lagi.

Mbappe memaklumkan PSG pada pertengahan Februari lalu bahawa dia berhasrat untuk meninggalkan kelab itu apabila kontraknya tamat pada Jun depan selepas tujuh tahun di Parc des Princes, dengan Real Madrid kemungkinan akan menjadi destinasi seterusnya.

Luis Enrique membalasnya tindakan Mbappe itu dengan meletakkan pemain berusia 25 tahun itu di bangku simpanan untuk perlawanan di Nantes, walaupun Mbappe menjaringkan gol penalti ketika meraih kemenangan 2-0.

Dia kemudian membarisi kesebelasan utama ketika melayan kunjungan Rennes minggu lalu dan memakai lilitan kapten selepas ketiadaan Marquinhos, tetapi digantikan pada minit 65 ketika PSG ketinggalan pada perlawanan yang akhirnya berkesudahan seri 1-1.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mula-abaikan-mbappe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.056755 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list