CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4324|Reply: 0

SFO anggap karakter Popov sesuai

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:21 AM | Show all posts |Read mode

POPOV dianggap sebagai salah seorang calon sesuai untuk mengemudi Selangor kerana memiliki karakter yang kuat. - FB VELIZAR POPOV

PIHAK pengurusan Selangor FC digesa untuk mencari ketua jurulatih baharu seperti Velizar Popov yang boleh memberikan karakter ‘ala gangster’ di atas padang agar pasukan tidak mudah dibuli pada kemudian hari.

Sebagai rekod, beberapa nama pengendali tempatan dan import telah dikaitkan dengan skuad Gergasi Merah selepas Tan Cheng Hoe rasmi melepaskan posisi ketua jurulatih kelmarin.

Antara nama yang dikaitkan adalah dua bekas pengendali pasukan Thailand, Alexandre Polking dan Kiatisuk Senamuang atau Park Hang-seo (bekas jurulatih Vietnam).

Namun, komuniti peminat skuad Merah Kuning di laman sosial yang dikenali sebagai Selangor Fanatik Official (SFO) berpendapat Popov adalah individu paling tepat untuk membimbing pasukan itu pada kempen Liga Malaysia kali ini.

Menurut SFO, karakter garang yang ada pada bekas pengendali Kelantan itu dilihat sesuai untuk memastikan pasukan Selangor terus bersinar pada musim depan.

“Ada yang memberi cadangan Mario Gomez (bekas pengendali JDT), Polking, Petr Segrt (bekas pengendali Tajikistan) dan Nafuzi Zain (kini bersama Kedah Darul Aman).

“Bagi SFO, kami kekal dengan nama Velizar Popov yang ketika ini cukup menyinar di Liga Vietnam (bersama Thanh Hoa FC) untuk membimbing Selangor.

“Banyak sebab dan aspek, namun paling penting karakter beliau yang dilihat cocok untuk menjadikan Selangor garang di atas padang,” kata SFO menerusi muat naik di media sosial.

Popov yang juga pengendali kelahiran Bulgaria bukanlah nama asing di Liga Malaysia apabila pernah membimbing The Red Warriors pada musim 2016 dqn cukup pakar dalam arena bola sepak Asia Tenggara

Jurulatih berusia 48 tahun itu sebelum ini telah membantu skuad Thanh Hoa FC menjuarai trofi Piala Nasional Vietnam dan Piala Super Vietnam pada tahun lalu.

Pengurusan Selangor FC ketika ini memberi tugas pengendali tempatan, Nidzam Jamil selaku jurulatih interim sebelum dilaporkan bakal membuat keputusan rasmi pada bulan ini.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... akter-popov-sesuai/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.053658 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list