CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9083|Reply: 17

[Tempatan] Ini macam pon boleh: Starlink dicadang buka pejabat di Malaysia

  [Copy link]
Post time 1-3-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

28 FEB 2024 8:52 PM

BARCELONA - Kementerian Komunikasi telah menyuarakan cadangan kepada perkhidmatan internet satelit oleh SpaceX, Starlink supaya membuka pejabatnya di Malaysia bagi memudahkan urusan pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka di dalam negara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu disampaikan dalam pertemuan dengan Pengarah Perlesenan Global dan Pengaktifan Pasaran Starlink, Rebecca Hunter di Pavilion Malaysia pada Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC2024).

"Ada juga aspek lebih menarik yang sekarang ini mula dibincangkan dalam banyak lawatan saya ke reruai di sini... ramai yang bercakap tentang direct-to-cell, dari satelit ke telefon bimbit.

"Jadi ini antara beberapa perkara kita bincang juga dengan Starlink, adakah Starlink sedia berbincang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan direct-to-cell,” katanya kepada Bernama dan RTM, di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum berlepas ke Oslo, Norway,bagi mengetuai delegasi Malaysia menghadiri sesi 'Next Generation Communications Roundtable' anjuran syarikat telekomunikasi Norway, Telenor.

MWC2024 yang bermula Isnin lepas menyaksikan 24 MoU ditandatangani melibatkan syarikat telekomunikasi dan agensi Malaysia, selain Malaysia dianugerahkan Skor Ketekalan Global Terbaik oleh Ookla, peneraju global dalam pemantauan rangkaian dan cerapan kesalinghubungan.

Ia merupakan perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa, Groupe Speciale Mobile Association (GSMA), dengan Barcelona dipilih sebagai tuan rumah penganjuran kongres yang mengumpulkan lebih 100,000 pemain industri telekomunikasi.


Selain itu, Fahmi berkata, beliau turut mencadangkan supaya produk Starlink yang mula dibuka untuk pembelian di pasaran Malaysia sejak Julai tahun lepas diperbanyakkan dalam negara.

"Kita juga lihat ada keperluan untuk teliti penggunaan Starlink yang bersifat boleh bergerak, atau mobile, sekarang ini unit-unit Starlink (yang dijual) perlu diletakkan sama ada di bumbung rumah,” katanya. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 03:01 PM | Show all posts
baru sembang2....


macam indon la, konon tesla nak buka sana..alih2 buka sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2024 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lu bagi dia kebenaran jual produk dia sejak pertengahan tahun lepas.

La ni baru nak 'galakkan' buka opis?


Kau dah kenapa eh? Sektor telekomunikasi kau bagi pihak asing rodok tak tentu pasal mcm ni?

Opis pon takde kat Malaysia. Bloody hell
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
blh apply keja
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu-satunya menteri komunikasi yg menjemput produk luar untuk sailang market syarikat telekomunikasi negara sendiri.... Bodoh tahap apa tak tau la si sotong sekor ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau jadi Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2024 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahanam negara geng pondan jadi Menteri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2024 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 1-3-2024 08:12 PM
Satu-satunya menteri komunikasi yg menjemput produk luar untuk sailang market syarikat telekomunikas ...

Takkan dia sbg menteri tak paham modern war is on the international finance and trade.

Kau senang2 bagi kuasa asing masuk lenyek pemain tempatan.

Dgn takde ofis pon.


Kau bayang la kalu mcmc denda starlink, boleh ke? Pejabat pon takde.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2024 01:31 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 1-3-2024 01:12 AM
Satu-satunya menteri komunikasi yg menjemput produk luar untuk sailang market syarikat telekomunikas ...

Habis selama ni product luar takde masuk ke bahlol? Spender ko asal dari mana? Bodoh tak boleh bawak berbincang walaun. Mercedes okay? Podaahhhhhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 2-3-2024 04:11 PM

Issue nya malaysia company mampu kah provider satelite communication?  Boleh ontong kah depa buat local user bukan ramai  ... Astro itu tidak sama seperti starlink... Sedang kan untuk launch malaysia satelite guna space x service...
TT pergi check recently company Vincent tan shareholder ter banyak dapat contract almost RM400 mil itu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 12:25 PM | Show all posts
Pendek ceritanya dah kena scam dengan elon musk. Dia nak jual kereta dan internet service sahaja. Tapi kita yg bersungguh-sungguh ingat nak bagi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 2-3-2024 08:38 PM

Bangnon voters yang kena kencing... Malaysian investors cuma lick bangnon arse tentang last negotiations (starlink and tesla) dengan elon musk... Bangnon mahu bait voters  tentang his hardwork tarik investment masuk malaysia... Elon musk ini iya kan saja janji bolan bintang bangnon... Heshe bussineman asal kan kaching iya kan saja... Bangnon die hard fan ini in denial... Sama seperti jowoki janji mahu bagi island untuk elon untuk bawa spaceX... Still tidak ber kesan
Sekarang ini apa yang buat bussiness sekarang banyak cut cost... Modern era donia industry... Mahu cover malu kata elon kaki kencing.. Sedang kan nature bussiness memang begitu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 3-3-2024 12:25 PM
Pendek ceritanya dah kena scam dengan elon musk. Dia nak jual kereta dan internet service sahaja. Ta ...

Dia nak market barang produk dia...while in other parts ada la cth rsnya kt japan dia msk dgn kampeni telco kt sana rsnya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 3-3-2024 12:33 PM
Bangnon voters yang kena kencing... Malaysian investors cuma lick bangnon arse tentang last negotiat ...

Musti elon kata senang nak kencing bangnon...dia bukannya paham teknologi..bg jargon jagung2 skit...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 2-3-2024 09:07 PM
Musti elon kata senang nak kencing bangnon...dia bukannya paham teknologi..bg jargon jagung2 skit. ...

Nope... Bangnon issue siapa yang briefing heshe tentang donia industry ini harap bukan piji lah 2X5...berapa banyak products and services di malaysia bukan manufacturing dari malaysia?.... Ummah boleh hadap china products tanpa manufacturing di malaysia... Hanya distributors saja di malaysia.... Stop manipulate thingsacik oiiii.. Bimbo sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2024 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang Tau apa itu spectrum?

Korang Tau berapa ratus jota kompeni tempatan spt maxis Celcom bagai bayar utk spectrum?

Starlink bayar spectrum berapa utk bertapak jual servis dia kat Malaysia ni?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 3-3-2024 06:07 PM

Aku tidak pasti TT mahu kejar duit or fikir tentang cost and maintenance.... Cost untuk setup bukan murah tho... Malaysia issue semua new setup kena tongkat dari gomen... And then royan cronies yada yada....
VT pun sudah dapat his tongkat part....
2nd.... Malaysia ini kecil... Peninsula and borneo boleh tutup dengan thumb saja di world map... Bukan size china... Russia... USA... Or OZ... Untuk build tower more cost efficient..... Starlink ini boleh temporary saja... Tunggu local provider expend coverage ke rural area....
Duit yang mahu suruh bangnon boleh upgrade facilities lain... Hospitals and health care... Schools and education.... Living cist expensive warga oku kah apa....
Mahu lastic satelite bukan murah... Cost satelite... Satelite lifespan... Maintenance etc. Banyak cost....

Siapa pun jadi gomen PH ka.. Umno. Ka.. Lobai PAS kah sama saja... Untuk issue ini... Astro pun tidak murah kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
So starlink kene bayar spectrum berapa hengget utk deliver service dia kat Malaysia ni?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.499312 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list