CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25708|Reply: 3

[Tempatan] Melaka rancang pameran berkaitan legenda Hang Tuah pada Mei

[Copy link]
Post time 1-3-2024 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ab Rauf berkata hasil kajian dijalankan penyelidik mendapati Hang Tuah merupakan seorang diplomat yang cukup hebat pada kurun ke-15. - Gambar fail

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka merancang untuk mengadakan pameran artifak berkaitan legenda Hang Tuah pada Mei depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata sebelum ini sekumpulan penyelidikan daripada Universiti Islam Melaka (Unimel), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diterajui Institut Tun Perak, telah menjalankan kajian berkaitan Hang Tuah di beberapa negara.

"Kita telah menemukan pelbagai artifak yang kita boleh bawa balik untuk dipamerkan kepada rakyat Melaka dan Malaysia pada Mei nanti.


"Antaranya keris-keris hebat dijumpai di Okinawa (Jepun) dan warkah-warkah Hang Tuah akan dibawa balik untuk diberikan satu penyelesaian tentang kekusutan sejarah yang selama ini tak dapat kita jumpa tentang ketulenan sejarah ini," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Buku Malaysia dan Majlis Pelancaran Buku Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bertajuk 'Merintis TVET Termaju Rentas Dunia Rentas Budaya' di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini.

Ab Rauf berkata hasil kajian dijalankan penyelidik mendapati Hang Tuah merupakan seorang diplomat yang cukup hebat pada kurun ke-15.

Menurutnya, Hang Tuah pernah dikesan berada di China, Jepun, India, Turkiye dan Rom, Itali dan pernah menunaikan haji di Mekah.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menemui waris kesepuluh Hang Tuah dan penyimpan warisan laksamana Kesultanan Melayu Melaka selain tinggalan warisannya akan dipamerkan pada pameran itu.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2024 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols wonder brp byk khazanah melayu tersimpan rapi dlm vault british museum yg mungkin kita x sedar masih wujud lg
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 03:08 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 1-3-2024 03:10 AM

Seperti biasa ...Jangan lupa buat dongeng tentang kehaibatan Hang Tuah yang kunun pada masa jayanya menewaskan Patih Gajah Mada, Kubilai Khan  dan Alexander Agong  sehingga akhirnya membuat Majapahit, China dan Macedona takluk dan bertekuk lutut kepada empayar melaka...
  
Agar dongeng Hang Tuah tampak "real" ... maka mintalah kepada Prof.Kangkang Melayu macam Soleha Yacob dan lainnya untuk ikut menuliskannya hingga dongeng halunisasi itu betol-betol "menakjubkan" ketika diajarkan disekolah-sekolah ... Hehehehe   

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 04:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kaola satu satunya
di antara berjuta
insan teristimewa

patah tak tumbuh lagi
hilang belum berganti
kerana kau tersendiri

kau kebanggaan kita
kau budayawan bangsa
engkau legenda



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.080968 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list