CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10281|Reply: 0

Inilah masanya Selangor ambil Klinsmann - Sadek

[Copy link]
Post time 29-2-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode



BAGI menampung kos gaji Klinsmann pengurusan Red Giants menjalinkan kerjasama dengan syarikat gergasi Jerman. FOTO AFP


Kuala Lumpur: "Inilah masanya ambil Jurgen Klinsmann, ini namanya perang psikologi untuk tutup cerita kelab lain dengan semua peminat dan media pastinya hanya tertumpu kepada Selangor FC."

Itu pandangan pemerhati bola sepak tempatan, Sadek Mustaffa yang percaya kehadiran Klinsmann mampu menaikkan imej dan jenama Selangor FC di mata dunia, sekali gus menenggelamkan nama pasukan lain di Liga Malaysia (Liga M).

Jelas Sadek yang juga pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, bagi menampung kos gaji Klinsmann jutaan ringgit, beliau mencadangkan pengurusan Red Giants menjalinkan kerjasama dengan syarikat gergasi Jerman yang ada di Malaysia seperti Volkswagen, Audi dan lain-lain.

"Saya fikir Selangor boleh cuba pikat Klinsmann. Mereka boleh lakukan dengan kapasiti yang ada termasuk banyak syarikat gergasi Jerman yang boleh di bawa masuk selaku penaja.


"Jerman ada satu budaya suka memperkenalkan budaya mereka di mata luar, jadi ketiadaan Tan Cheng Hoe mungkin boleh membuka ruang perbincangan dengan Klinsmann.


"Jika berjaya bawa legenda Jerman itu, saya yakin imej Selangor dan tumpuan dunia akan terarah ke Selangor dan Liga M akan mendapat tempiasnya

"Paling penting cerita Selangor akan menjadi pilihan media utama berbading pasukan lain, ini namanya perang psikologi terbaik untuk Selangor," katanya kepada Arena Metro.

Sementara itu, ditanya mengenai tindakan Cheng Hoe meninggalkan skuad Merah Kuning dan berhijrah ke Liga Thailand, beliau melihatnya daripada sudut berbeza biarpun ramai peminat mengkritik keputusan yang dibayangi arahan tangan ghaib.

"Saya melihat dari dua perspektif, pertama penghijrahan Cheng Hoe ke Thailand itu menunjukkan perkhabaran baik tentang masa depan jurulatih itu yang berjaya mengembangkan kerjayanya ke luar negara.

"Kedua, dengan pemergian Cheng Hoe ke Thailand, maka ia akan membuka lembaran dan peluang buat pemain negara berkelana lebih ramai ke Liga Thailand.

"Kita mahu kerjayanya terus berkembang dan tidak terhad hanya di Thailand. Moga selepas itu beliau boleh lebarkan sayap ke Liga Korea ataupun Liga Jepun pula selepas ini.

"Jangan pula pandang ke belakang dengan kembali ke Liga M selepas setahun atau dua tahun di luar. Ini peluang jurulatih Malaysia buktikan kemampuan mereka di luar negara setanding dengan jurulatih negara lain," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bil-klinsmann-sadek




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.055596 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list