CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9413|Reply: 0

[Kelantan] Kutipan zakat MAIK meningkat RM256 juta

[Copy link]
Post time 29-2-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode

RIZAM Tengku Abdul Aziz (tengah) menerima replika cek zakat perniagaan daripada Lembaga Jurukur Tanah berjumlah RM1 juta. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada tahun 2023 mencatatkan peningkatan sebanyak 21 peratus iaitu RM256,846,401 berbanding RM228,986,322 pada tahun 2022.

Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, peratusan peningkatan kutipan zakat berkenaan adalah yang tertinggi pernah dicatatkan MAIK sejak ditubuhkan.

Katanya, agihan wang zakat bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM233,626,537 berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM200,265,725.

"Agihan ini mencatat peningkatan 17 peratus lebih tinggi dari tahun sebelumnya dan kesemua empat kategori asnaf mencatatkan peningkatan iaitu bantuan kepada Asnaf Amil, Al-Gharimin, Al-Riqab dan Ibnu Sabil meningkat daripada RM31,594,946 kepada RM34,532,534 berbanding dari tahun sebelum.



"Manakala perbelanjaan Program Asnaf Fakir dan Miskin juga mencatat pecahan terbesar dalam program agihan zakat berjumlah RM 97,843,741 yang diagihkan sepanjang Januari hingga Disember tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Laporan Khas Kutipan Dan Agihan Bagi Tahun 2023 dan Pelancaran Aplikasi MyMAIK Apps di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, faktor yang mendorong peningkatan zakat pendapatan adalah hasil daripada usaha berterusan Unit Pungutan Zakat yang mengambil pendekatan promosi digital melalui platform media sosial dan laman rasmi MAIK.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eningkat-rm256-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.053032 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list