CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4013|Reply: 0

[Selangor] Edar dadah dalam paket adiwira di kelab malam

[Copy link]
Post time 29-2-2024 02:16 PM | Show all posts |Read mode

SHAHRULNIZAM (kiri) bersama pegawai penyiasat pada sidang media mengenai kejayaan polis melibatkan serbuan premis yang dijadikan tempat pemprosesan jus dadah di IPD Petaling Jaya. FOTO Amirudin Sahib

Petaling Jaya: Bungkus dadah dalam paket adiwira 'Captain America', 'Batman' dan 'Superman' bagi menarik minat pelanggan di kelab malam.

Itu dilakukan sindiket pengedaran dadah jenis ekstasi, pil eramin 5 dan ketamin yang aktif mengedar dadah berkenaan sejak dua tahun lalu di sekitar Lembah Klang.

Kegiatan pengedaran dadah didalangi individu berusia 26 tahun berjaya ditumpaskan selepas polis menahan lelaki terbabit di sebuah apartmen di Sungai Way pada 23 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pemeriksaan di kediaman itu menemui satu kotak berwarna coklat mengandungi lima paket pil ekstasi, dua paket lutsinar mengandungi dadah ketamin, 28 keping bungkusan aluminium pil eramin 5 dan 304 paket serbuk ekstasi.



"Serbuan dijalankan turut merampas peralatan untuk memproses jus dadah antaranya lima alat pengisar, dua gunting, dua penimbang digital dan pelbagai peralatan lain.

"Suspek dipercayai memproses dadah menjadi serbuk sebelum dimasukkan di dalam bungkusan berkenaan dan diedarkan di pusat hiburan di sekitar Lembah Klang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati individu berkenaan turut menggunakan bungkusan mirip pas penerbangan untuk menyembunyikan bungkusan dadah sebelum dijual.

"Semua dadah ini akan dikisar menggunakan mesin pengisar dan dicampur dengan serbuk perisa buah-buahan sebelum dibungkus serta dimasukkan ke dalam bungkusan.

"Siasatan mendapati setiap bungkusan berkenaan mempunyai berat 105 gram dan dijual sekitar harga RM250.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah ini sebanyak RM406,309. Anggaran keseluruhan rampasan melibatkan 5.6 kilogram serbuk ectasy, pil ectasy seberat 0.4 kilogram (kg), ketamin (73 gram) dan pil eramin five (80 gram).

"Selain itu, turut disita adalah wang tunai sebanyak RM320, satu unit telefon pintar bernilai RM2,500 membabitkan jumlah sitaan RM2,820,"katanya.

Shahrulnizam berkata, hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis benzo.

"Semakan mendapati suspek mempunyai rekod terlibat dengan pengedaran dadah dan penagih dadah sejak dua tahun lalu," katanya suspek kini direman enam hari untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

"Polis kini sedang mengesan seorang lelaki tempatan dipercayai turut terbabit dalam kegiatan berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wira-di-kelab-malam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.363407 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list