CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4730|Reply: 0

[Perak] Terpaksa belajar dalam keadaan berpanas dan bergela

[Copy link]
Post time 29-2-2024 01:35 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Riadz (tiga kiri) menyerahkan sumbangan barangan makanan dan keperluan dapur kepada Mudir Pondok Hidayatullah, Ustaz Hamid Hassan semasa kunjungan kasih Kelab Met Harian Metro. FOTO Muhamad Lokman Khairi

Manjung: Kerap terputus bekalan elektrik menyebabkan 200 penghuni pusat pengajian Islam, Pondok Hidayatullah dekat Tanjung Kepah, Batu 8 Lekir, di sini, terganggu kerana ada ketikanya mereka belajar dalam keadaan berpanas dan bergelap.

Itu situasi yang dihadapi lantaran ketiadaan bilik jana kuasa elektrik khas bagi memenuhi keperluan 55 unit pondok warga emas, dua blok asrama pelajar lelaki dan perempuan, selain pejabat dan surau dalam kawasan seluas tiga hektar itu.

Mudir dan pengasasnya, Hamid Hassan berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan untuk membina infrastruktur itu kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan dimaklumkan memerlukan sejumlah RM80,000 sebelum hasrat itu boleh direalisasikan.

"Oleh sebab tiada bilik jana kuasa elektrik sendiri, kami tidak menerima bekalan elektrik yang mencukupi sehingga boleh dikatakan berlaku setiap hari. Elektrik terputus ketika sesi pengajian al-Quran, kitab Turath, tahfiz dan kuliah dewasa. Jika berlaku sebelah malam, penghuni terpaksa tidur dalam keadaan panas.



"Kami sudah lantik konsultan dan masih dalam proses rundingan dan dimaklumkan akan menelan belanja RM80,000 untuk pembinaan.

"Selain bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kami memang bergantung kepada dana dan sumbangan orang awam untuk mendapatkan keperluan ini," katanya memaklumkan perkara itu berlarutan sejak penubuhan pondok berkenaan pada 2008 lagi.

Beliau ditemui selepas menerima sumbangan yang diserahkan oleh Presiden Kelab Met Harian Metro, Ahmad Riadz Mohd Radzi di Pondok Hidayatullah, Isnin lalu.

Hamid berkata, pihaknya berbesar hati menerima kunjungan kasih Kelab Met Harian Metro yang prihatin menyumbangkan makanan dan keperluan dapur untuk manfaat 200 penghuni pondok yang terdiri daripada 60 warga emas dan selebihnya penuntut dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

"Syukur kepada Allah. Terima kasih Harian Metro atas sumbangan yang begitu bermakna ini kepada Pondok Hidayatullah, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban kami dalam menjalani ibadah Ramadan tidak lama lagi.

"Moga bantuan yang dihulurkan Harian Metro ini menjadi teladan dan menghubungkan institusi pondok kepada masyarakat yang ingin mendalami agama umur tanpa batasan umur," katanya.

Sementara itu, Ahmad Riadz berkata, ini adalah sumbangan kakitangan Harian Metro dengan kerjasama Pasaraya Econsave Cash & Carry sebagai meringankan beban golongan berkeperluan.

"Kita harap lebih banyak organisasi atau individu yang tampil menyalurkan bantuan kepada pondok ini demi kebajikan penghuni," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rpanas-dan-bergelap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92853 Replies : 167
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199562 Replies : 4684
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6335 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30415 Replies : 223
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9167 Replies : 21
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4266 Replies : 5
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11738 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.053359 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list