CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4592|Reply: 0

Zidane calon ganti Erik Ten Hag

[Copy link]
Post time 29-2-2024 01:19 PM | Show all posts |Read mode

ZIDANE masih belum membuat keputusan mengenai masa depan kariernya biarpun banyak pasukan gergasi meminati khidmatnya. - AFP

MANCHESTER – Pemilik bersama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe dilaporkan mahu melantik khidmat Zinedine Zidane selaku pengurus baharu pasukan sekiranya rombakan perlu dilakukan pada masa terdekat.

Sebagai rekod, skuad The Red Devils ketika ini masih dibimbing oleh pengendali kelahiran Belanda, Erik ten Hag tetapi masa depannya menjadi tanda tanya apabila gagal membantu pasukan tampil konsisten musim ini.

Susulan itu, Ratcliffe yang telah diberikan kuasa ‘veto’ untuk membentuk pasukan termasuk menandatangani khidmat mana-mana pemain bermula musim depan dilaporkan bersedia untuk memecat Ten Hag.

Zidane yang kini bergelar ejen bebas selepas tidak melatih mana-mana kelab sejak tiga tahun lalu menjadi pilihan No. 1 Ratcliffe untuk mengembalikan era kegemilangan United.

Namun, isu utama ketika ini adalah pengendali kelahiran Itali itu telah menolak beberapa tawaran lumayan sebelum ini termasuk daripada kelab Paris Saint-Germain (PSG) dan skuad antarabangsa Perancis.

Bekas pengendali Real Madrid itu mengakui dia tidak akan ‘berehat’ selama-lamanya, tetapi masih lagi meneliti tawaran yang sesuai sebelum membuat keputusan rasmi.

“Saya pasti akan kembali di tepi padang untuk membimbing pasukan tetapi tidak tahu bilakah waktu tersebut,” katanya.

Zidane dianggap sebagai salah seorang pengendali elit dunia selepas berjaya membantu The Galacticos menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah tiga tahun berturut-turut. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ganti-erik-ten-hag/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.047989 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list