Edited by maklukpenggoda at 29-2-2024 10:49 AM
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang 'influencer' menjadi bualan hangat kaum Hawa selepas dia menjual tudung jenamanya sendiri bertindak membuat 'copyright'
Menerusi platform X, seorang individu memuat naik hantaran di mana dia berpendapat tindakan pempengaruh tersebut selfish kerana mengambil hak cipta jenis tudung bawal yang sudah lama berada di pasaran.
Isu tersebut mendapat perhatian selepas pempengaruh itu sendiri memuat naik video di TikTok memaklumkan tentang hal hak cipta tudung bawal berbentuk L.
Katanya, jika ada mana-mana usahawan hijab yang menjual tudung berbentuk L tersebut, dia bakal mengambil tindakan undang-undang.
Netizen menghentam tindakan 'influencer' itu habis-habisan
Rata-rata individu yang tahu tentang hal ini menghentam pempengaruh itu habis-habisan kerana pentingkan diri selain menjual tudung jenamanya dengan harga yang tidak berpatutan.
Menerusi komen netizen, mereka mendedahkan pempengaruh ini pernah mempunyai masalah yang lebih kurang sama membabitkan tiru meniru design.
Disebabkan tindakannya itu yang dianggap sangat mementingkan diri dan menjengkelkan, ramai yang mahu memboikot jenama tudung pempengaruh tersebut.
Tindakan itu mahu dibuat apabila mereka mendapat tahu harga jualan bagi tudung berbentuk L dijual olehnya tidak masuk akal.
Namun, terdapat beberapa individu menerangkan bahawa sebenarnya pempengaruh tersebut tersilap cakap kerana tudung tidak boleh copyright, sebaliknya apa yang dimaksudkan adalah patent.
https://says.com/my/seismik/influencer-claim-copyright-bentuk-tudung-bawal-dihentam-netizen-macam-dia-yang-cipta
|