CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8749|Reply: 21

[Tempatan] Kesesakan dijangka lebih teruk di bulan puasa – Pakar

  [Copy link]
Post time 29-2-2024 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Kesesakan dijangka lebih teruk di bulan puasa – Pakar

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -bulan-puasa-pakar/

Oleh NURUL IZZATI ZAINI
29 Februari 2024, 8:48 am


GAMBAR HIASAN

SEJAK cuti sekolah bermula pada 9 Februari lalu, ramai ibu bapa menarik nafas lega kerana tidak perlu keluar awal dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Aliran trafik di ibu kota juga lancar pada minggu pertama dan kedua berkemungkinan disebabkan ramai yang keluar pergi bercuti.

Memasuki minggu ketiga, aliran trafik kembali sesak, perjalanan yang sepatutnya memakan masa 30 minit menjadi lebih sejam. Ia berdasarkan pengalaman penulis yang terpaksa berdepan kesesakan tanpa mengira masa.

Senario ini membuatkan penulis tertanya-tanya adakah orang ramai perlu menempuh situasi sama pada Ramadan ini.

SEJAK cuti sekolah bermula pada 9 Februari lalu, ramai ibu bapa menarik nafas lega kerana tidak perlu keluar awal dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Aliran trafik di ibu kota juga lancar pada minggu pertama dan kedua berkemungkinan disebabkan ramai yang keluar pergi bercuti.

Memasuki minggu ketiga, aliran trafik kembali sesak, perjalanan yang sepatutnya memakan masa 30 minit menjadi lebih sejam. Ia berdasarkan pengalaman penulis yang terpaksa berdepan kesesakan tanpa mengira masa.

Senario ini membuatkan penulis tertanya-tanya adakah orang ramai perlu menempuh situasi sama pada Ramadan ini.

“Sebenarnya, ini (kesesakan) bukan sesuatu yang baharu. Trafik memang akan sesak lagi-lagi pada musim perayaan, tambah pula buka sekolah.

“Bagi yang mampu, ibu bapa boleh membayar tambang van sekolah. Bagi yang tidak berkemampuan mereka akan ambil dan hantar anak sendiri. Bayangkan kalau ada 50 buah keluarga,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Rozmi, punca utama kesesakan lalu lintas pada bulan puasa adalah disebabkan pertindihan waktu kerja yang sama di kebanyakan pejabat.

Justeru, beliau mencadangkan agar pihak majikan mempertimbangkan untuk mengadakan waktu kerja yang lebih fleksibel pada bulan Ramadan.

“Di negara-negara Islam lain, bulan Ramadan pekerja diberi pelepasan enam jam bekerja berbanding lapan jam.

“Kesesakan lalu lintas yang melampau akan menjejaskan amalan untuk kita beribadah. Bila kita stres kita akan jadi marah, pahala puasa pun berkurangan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Rozmi berkata, produktiviti seseorang pekerja turut akan terjejas apabila berdepan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Katanya, selain masa banyak terbuang atas jalan raya, kualiti serta kesejahteraan hidup pekerja akan terganggu sekali gus mendorong seseorang individu cenderung untuk hidup dalam tidak terurus.

“Contohnya pergi dua jam, balik dua jam. Jadi empat jam sudah terbuang atas jalan. Sedangkan banyak perkara berfaedah boleh dilakukan.

“Sampai pejabat sudah keletihan, sampai rumah pun letih. Tak dapat masak dan beribadah dengan keluarga. Mood yang tidak baik menjejaskan produktiviti.

“Bila tiba di pejabat dimarahi sebab kerja tertunggak kerana sampai lambat atau tidak sempat disiapkan. Semua ini akan menjadikan kualiti hidup seseorang pekerja itu akan terganggu,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2024 11:55 AM | Show all posts
tak perlu tanya pakar tentang kesesakan alan raya waktu bulan ramadhan. kami semua on the road mengalaminya.

yg perlu, tanya pakar, apa yg perlu dibuat utk atasi masalah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 11:55 AM | Show all posts
Bakalan jam teruk lah bulan depan, sekolah mula buka dan bulan puasa. Tapi banyak je company bagi sejam balik awal. Letih gila kot drive lama2 on the road.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 01:14 PM | Show all posts
zmn 90an lagi kisahjalan sesak ni der..siap buat waktu kerja anjal dulu..cuba control sikit syarat2 pembelian kereta tu..ni yg student xde duit pun kau bagi beli kereta..zero deposit..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok le nama TT.. memang artikel2 darat.com lh pilihan nya…
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Plus sg besi tu x skang x kira mase jem. Pkol 10am jem, 2pm jem, 3pm pon jem? Ble mase x jem?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2024 11:10 AM | Show all posts
sebab kereta2 kesayangan atok le....jammed tak berkurang.
kata KJ ....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 11:20 AM | Show all posts
company yg boleh WFH tu, mohon le kasi staff WFH byk sikit romadhon ni.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurdianah replied at 1-3-2024 11:10 AM
sebab kereta2 kesayangan atok le....jammed tak berkurang.
kata KJ ....


Betol... prinsip atok nak naikkan kereta nasional maka dia pandang enteng development expenses for public transport .. siap hapuskan bas mini... pastu buat LRT je dekat kawasan padat sedangkan ikut projection mmg kena bubuh MRT to cater population growth
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
manopBKK replied at 1-3-2024 09:11 AM
Tengok le nama TT.. memang artikel2 darat.com lh pilihan nya…

Mcm just stating the obvious je kan.. bende yang memang dah jadi... setiap tahun pattern mende sama je... now dah jadi daily and almost all the time, bulan posa makin teruk....

jangka apa?? Jangka apa???


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 11:50 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 29-2-2024 03:55 AM
Bakalan jam teruk lah bulan depan, sekolah mula buka dan bulan puasa. Tapi banyak je company bagi se ...

Sejam awal? Mana nak sempat chuols. At least 2 jam awal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Huuuuuuuu mimpi ngeriiiii nk hadap jem time ramadan nnt nieeee......
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 12:44 PM | Show all posts
Padan muka.

Siapa suruh tak tarik sabsidi petrol.

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah dalam bulan puasa tersangkut dalam jem. Kebetulan masa tu hujan lebat. 2jam lebih kereta mengesot pelan.  Berbuka korek hidung jela. Hingga abis maghrib pun belum sampai ke rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 1-3-2024 01:07 PM

Dijangka?

Dah memang lebih sesak teruk pun atas jalan tiap² tahun bulan puasa, tak kira sekolah baru bukak ke apa.

Tapi I bulan puasa pun pilih masuk office 10am, balik kerja pun biasa dalam 6.15pm, nak lagi best balik kul 6.30pm, dah tak sesak jalan. Tak kuasa nak bersesak atas jalan, memang stress yang amat rasa, pro style puasa orang bujang, tak perlu nak rush balik masak untuk family. Tapi ramai je yang bujang prefer balik masak sendiri kat rumah. Pilihan masing²
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bulan puasa ni skolah potong masa pdpc 5 minit setiap period. jd budak boleh balik cpt skit laa . kesian tgk form1 yg baru masuk skolah menengah... kelepet je..
tp cgu balik.mcm biasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 1-3-2024 01:15 PM

Sudah lama bulan puasa x balik rumah terus melepak ofis masjid surau balik rumah jam 10 mlm masak2 di rumah masuk petias esok bawa ofis masuk petias ofis, padan muka param dan bazar x pernah singgah sbb jem parking dan KFC mekdi kedai mkn memanjang org beratur buang masa, Tahun ini ingat nak masak2 di ofis jam 6ptg, balik rumah 10mlm
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 1-3-2024 11:50 AM
Sejam awal? Mana nak sempat chuols. At least 2 jam awal.

Subuh kat ofis lah jawabnya kalau dua jam awal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 03:10 PM | Show all posts
Bulan Puasa
Area opis aku. Pukul 330pm dah jem. Start dari SD Autocity sampai ke simpang masuk federal highway.
But tak relevant pun sbb aku naik motor.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 03:37 PM | Show all posts
xnak jem kene WFH

tiber
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.438278 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list