CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1780|Reply: 0

[Sabah] KPDN Sandakan rekod nilai rampasan lebih RM200,000 sejak Januari

[Copy link]
Post time 28-2-2024 06:39 PM | Show all posts |Read mode


PERIKSA: Azdy ketika membuat pemeriksaan barang kawalan di salah sebuah pasar raya di daerah ini.

SANDAKAN: Sebanyak RM205,288.15 nilai rampasan direkodkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan sejak Januari lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, jumlah itu adalah hasil daripada pemeriksaan terhadap 1,400 premis perniagaan yang meliputi kawasan bandar dan luar bandar.

“Sebanyak 25 kes dihasilkan dengan jumlah nilai rampasan dianggarkan RM205,288.15 dan jumlah kompaun yang dibayar adalah RM3,100.

“Dari segi aduan pula, sebanyak 26 aduan diterima sejak Januari hingga kini dan 22 daripadanya berjaya diselesaikan manakala, baki empat lagi dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, KPDN Sandakan ingin mengingatkan semua peniaga agar tidak mengambil kesempatan dengan situasi menjelang Ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Menurutnya, sekiranya peniaga didapati menaikkan harga barangan secara tidak berpatutan, tindakan akan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

“Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi mana-mana pertubuhan perbadanan yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini selanjutnya boleh didenda tidak melebihi RM500,000,” katanya.

Sementara itu, Azdy berkata, pihaknya mengambil tindakan proaktif membuat pemantauan bekalan barang keperluan di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit di daerah ini secara berterusan.

“Seramai 19 Pegawai Penguat Kuasa dan lapan Pegawai Pemantau Harga di cawangan ini terlibat secara khusus bagi melakukan pemeriksaan harian khasnya yang meliputi kawasan bandar dan luar bandar.

“Hasil pemeriksaan mendapati bekalan barang kawalan iaitu gula dan minyak masak bersubsidi adalah mencukupi serta tiada pembelian luar biasa oleh pengguna,” katanya.

Azdy berkata, pemeriksaan di salah sebuah syarikat pemborong pula mendapati mereka menerima bekalan gula sebanyak 84 metrik tan.

“Pemeriksaan ke atas bekalan minyak masak bersubsidi di salah sebuah pasar raya tumpuan pengguna mendapati masih terdapat bekalan minyak masak bersubsidi berjumlah 3.568 metrik tan,” katanya.

Beliau berkata, KPDN Sandakan turut melantik 33 peruncit dan lima pemborong terpilih bagi tujuan pemantauan kedudukan bekalan barangan keperluan asas di daerah ini.

Menurutnya, peruncit dan pemborong berkenaan akan menjadi penanda aras ke atas bekalan barang keperluan asas yang meliputi kawasan Sandakan, Kinabatangan, Telupid, Beluran, Sapi Nangoh dan Paitan.

Pada masa sama, pihaknya juga mengambil inisiatif dengan mewujudkan mini stok untuk gula dan minyak masak bersubsidi bagi menjamin bekalan barang kawalan ini khasnya di daerah Sandakan.

Katanya, KPDN Sandakan akan memastikan bekalan barang-barang kawalan khasnya gula dan minyak masak bersubsidi dijual pada harga kawalan serta tidak terputus bekalannya.

“Pemeriksaan juga akan dipergiatkan bagi memastikan barang kawalan iaitu gula dan minyak masak bersubsidi dijual pada harga yang ditetapkan kerajaan.

“Sehingga kini, bekalan barangan kawalan adalah mencukupi di semua peringkat pengilang, pemborong dan peruncit,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056464 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list