CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1761|Reply: 0

JDT sambar Hidalgo, Azam, Declan, Ryan

[Copy link]
Post time 28-2-2024 05:38 PM | Show all posts |Read mode

Empat pemain baharu JDT, Manuel Hidalgo (kiri), Azam Azmi, Declan Lambert dan Ryan Lambert.

JOHOR BAHRU: Status pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Hidalgo akhirnya terjawab selepas kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan pemain berkenaan menandatangani kontrak bersama juara Liga Super 10 musim berturut-turut itu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Alistair Edwards menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers.

Edwards turut mengesahkan pemain adik-beradik yang beraksi bersama Kuala Lumpur City FC, (KL City FC), Declan Lambert dan Ryan Lambert turut menyertai skuad Harimau Selatan dan termasuk pemain Terengganu FC (TFC), Azam Azmi.

Bagaimanapun, keempat-empat pemain baharu JDT itu akan dipinjamkan untuk mengharungi kempen Liga Malaysia musim 2024 dan 2025 yang bakal menyingkap tirainya Mei depan.


"JDT telah menandatangani Azam (Azmi), Manuel (Hidalgo), Declan dan Ryan Lambert. Kami juga dalam perbincangan untuk menandatangani seorang penjaga gol.

"Azam dan Declan masing-masing dipinjamkan kepada Terengganu FC manakala Manuel pula akan dipinjamkan kepada Sri Pahang FC bagi mengharungi kempen Liga Super musim ini.

"Kedudukan Ryan akan berlatih bersama pasukan JDT dan belum ada keputusan lagi sama ada dia akan dipinjamkan atau diserapkan dalam skuad JDT pada musim baharu liga nanti," kata Edwards dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, JDT sudah mengikat beberapa pemain import seperti Jalil Elias, Murilo Henrique selain mengekalkan Bergson Da Silva, Fernando Forestieri, Heberty Fernandes dan Juan Muniz bagi menguatkan skuad itu bagi menghadapi saingan Liga Super dan aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
https://www.bharian.com.my/sukan ... go-azam-declan-ryan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.049410 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list