CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1924|Reply: 0

[Perak] 'Saya nak jumpa Zain sebelum saya tutup mata selama-lamanya'

[Copy link]
Post time 28-2-2024 05:22 PM | Show all posts |Read mode

CHE'AH menunjukkan gambar lama anak lelakinya, Muhammad Zain Salleh (dalam foto paling kanan) dan anak perempuannya (dalam foto kedua, duduk di kerusi) semasa hadir ke Pejabat NSTP Cawangan Ipoh, hari ini. FOTO Muhamad Lokman Khairi

Ipoh: Hanya gambar menjadi tanda ingatan buat seorang warga emas untuk mengubati kerinduan terhadap dua anaknya yang terpisah lebih 55 tahun lalu.

Biarpun terpisah dalam tempoh lama, Che'ah Awang, 86, masih berusaha menjejaki anak lelakinya, Muhammad Zain Salleh yang kini sudah berusia 67 tahun.

Bagaimanapun, dia gagal mengingati nama dan umur sebenar anak perempuannya berikutan dibawa oleh ibu mentua sebaik selepas melahirkannya.

"Selepas saya dan bekas suami bercerai, anak lelaki dijaga oleh ibu angkat saya, manakala anak perempuan dijaga oleh ibu mentua. Sejak itu saya tak pernah berjumpa lagi dengan anak-anak saya.



"Saya berpindah ke Singapura dan kemudian England pada 1973 untuk bekerja. Sewaktu di sana, anak lelaki saya kirimkan gambar mereka dua beradik.

"Pada tahun sama, anak lelaki saya hubungi melalui panggilan telefon tanyakan khabar dan minta restu berkahwin. Dia juga ada beritahu bahawa adiknya rindukan saya dan mahu berjumpa, bagaimana pun saya kehilangan alamat dan nombor telefon yang saya catat pada kertas," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di Pejabat New Straits Times Press (NSTP) Cawangan Ipoh, di sini, hari ini.

Che'ah berkata, dia mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada 2012 dan menetap di Aulong, Taiping.

Sejak itu dia berharap kisah pencariannya selama lebih 55 tahun ini sampai ke pengetahuan kedua-dua anaknya atau ahli keluarga terdekat.

"Saya cuma ada gambar hitam putih mereka sebagai petunjuk.

"Saya mahu jumpa dan peluk mereka sebelum saya tutup mata selama-lamanya," katanya sebak.

Menurutnya, dia pernah dihubungi beberapa individu pada tahun lalu, mendakwa mengenali kedua-dua anaknya.

"Setiap individu enggan memberitahu keberadaan anak saya sebaliknya meminta saya memindahkan wang terlebih dulu ke akaun bank mereka. Saya tidak percaya dan yakin mereka cuba ambil kesempatan untuk memperdaya saya," katanya.

Sementara itu, pemandu teksi, A Benjamin, 59, prihatin terhadap kehidupan warga emas yang terpisah daripada dua cahaya mata buat sekian lama itu.

Menurutnya, dia pertama kali bertemu Che'ah di Terminal Bas Taiping sewaktu wanita itu pulang semula ke Malaysia.

"Sejak dari itu, dia akan menelefon saya untuk meminta bantuan pergi ke beberapa pejabat agensi media tempatan bagi membuat hebahan.

"Sebelum ini, kisah Che'ah pernah disiarkan oleh akhbar tempatan berbahasa Inggeris, tetapi tiada sebarang maklum balas positif diterima. Saya cuma berharap dia dapat disatukan kembali dengan anaknya.

"Saya simpati pada Che'ah, jadi saya tidak ambil sebarang bayaran daripadanya sepanjang 11 tahun ini," kata pesara Tentera Darat itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mata-selama-lamanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.052233 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list