CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2016|Reply: 0

[Selangor] Rumah dijadikan pusat rawatan ibu bersalin diserbu

[Copy link]
Post time 28-2-2024 05:08 PM | Show all posts |Read mode

PUSAT rawatan ibu bersalin yang beroperasi secara haram diserbu Majlis Bandaraya Diraja Klang, kelmarin. FOTO ihsan MBDK

Klang: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menyerbu sebuah pusat rawatan ibu bersalin yang beroperasi secara haram di Bandar Bukit Raja, kelmarin.

Pengarah Komunikasi Korporat MBDK, Norfiza Mahfiz berkata, operasi pada jam 12.45 tengah hari itu dilakukan hasil aduan orang ramai dan risikan pihaknya terhadap kewujudan sebuah pusat menjaga dan merawat ibu bersalin di kawasan kediaman mereka.

Katanya, ketika tiba di lokasi, didapati premis berkenaan iaitu sebuah rumah semi-D tiga tingkat sedang beroperasi dengan menjalankan aktiviti berkenaan.

"Siasatan lanjut di lokasi mendapati premis itu beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah daripada MBDK.


"Selain itu, ia adalah kediaman yang dijadikan premis perniagaan seterusnya menyebabkan kesesakan dan ketidakselesaan dalam kalangan penghuni setempat," katanya hari ini.

Difahamkan semasa serbuan dijalankan terdapat beberapa bayi yang dirawat di lokasi itu dan premis berkenaan dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, satu kompaun diserahkan kepada pekerja premis itu mengikut Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (Majlis Perbandaran Klang) 2013.

Norfiza berkata, ia adalah kesalahan serius kerana membabitkan bayi dan ibu yang melahirkan anak.

"Ia juga boleh mendatangkan risiko sekiranya berlaku kecuaian atau sebagainya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bu-bersalin-diserbu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.643569 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list