CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2288|Reply: 0

'Gol Mickey boleh cipta lagi satu sejarah'

[Copy link]
Post time 28-2-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode

Faiz bersama trofi anugerah Puskas yang dimenanginya pada 2016.

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri tidak menolak kemungkinan jaringan pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim mampu mencipta satu lagi sejarah untuk merangkul Anugerah Puskas FIFA buat kali kedua.

Pemain berusia 36 tahun itu menyifatkan jaringan Faisal yang dinobatkan sebagai Jaringan Terbaik Piala Asia 2023 menepati kriteria yang ditetapkan badan induk itu sekali gus berpeluang untuk dicalonkan bagi merebut anugerah berprestij terbabit.

"Kalau kita lihat jaringan Faisal, kita boleh lihat gerakannya, gelecekannya dan juga kepintarannya (dalam menghasilkan gol). Kita pun tahu bahawa Anugerah Puskas FIFA ini adalah untuk jaringan yang tercantik.

"Kita lihat pun bagi edisi 2020, Son Heung Min menang dengan gerakan daripada tengah padang. Jadi tak mustahil Faisal pun mampu juga (menang Anugerah Puskas FIFA)," katanya.





Jaringan Faisal Halim ketika menentang Korea Selatan yang dipilih sebagai gol terbaik kejohanan pada Piala Asia Qatar 2023.

    When magic happens@VisitSaudi #AsianCup2023 | #MagicMoments | #KORvMAS pic.twitter.com/iEa1Zvmxd7

    — #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 25, 2024

Terdahulu, pemain berusia 26 tahun itu meledak jaringan menarik selepas berjaya memperdaya pemain Korea Selatan yang dilabel antara pertahanan tengah terbaik dunia yang juga pertahanan terbaik Serie A 2022-23, Kim Min Jae di Stadium Al Janoub, 25 Januari lalu.

Faisal yang lebih dikenali sebagai Mickey menyambar bola sebelum memperdaya pertahanan Bayern Munich itu dan juga penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon Woo yang 'terduduk' sebelum meledak gol pertama Malaysia.

Jaringan itu menjadi pilihan penyokong di laman media sosial apabila mendapat 85 peratus undian dan kemenangan itu sememangnya sudah dijangka memandangkan jaringan itu mendahului undian sejak awal undian dibuka.

Sebagai rekod, FIFA menetapkan beberapa kriteria bagi anugerah Puskas terbabit antaranya ia adalah jaringan yang benar-benar cantik termasuklah jaringan jarak jauh, jaringan berpasukan, rabona, sepakan gunting dan jaringan individu namun tertakluk kepada undian dan penilaian pakar.

Jaringan itu juga perlu dianugerahkan tanpa perbezaan mengenai kejohanan, jantina ataupun kewarganegaraan dan bukannya terhasil daripada tuah, kesilapan ataupun biasan pemain lain ataupun pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.

Ia juga perlu menyokong permainan bersih (fair play) contohnya pemain tidak bertindak keterlaluan dalam perlawanan ataupun pernah terbabit dengan isu doping.
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-lagi-satu-sejarah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.047764 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list