CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2697|Reply: 0

[Selangor] Wanita terkejut kuetiau goreng untuk tetamu jadi hitam legam

[Copy link]
Post time 28-2-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular di laman TikTok yang memaparkan kuetiau yang dimasak oleh seorang wanita bertukar menjadi warna hitam.

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut setelah kuetiau yang digorengnya tiba-tiba bertukar menjadi hitam legam.

Menurut hantaran @ummiaulianaqi di laman TikTok, perkara tersebut telah membuatkan mereka sekeluarga menjadi hairan sedangkan sebelum ini perkara seumpama itu tidak pernah berlaku.

“Ceritanya, ketika adik ipar saya datang rumah. saya gorengkan kuetiau. Jadi, saya siapkan barang-barang untuk menggoreng.

“Tetapi, dipendekkan cerita, selepas goreng, tiba-tiba kuetiau tadi bertukar hitam legam,” katanya.

Menurut Ummi, perkara tersebut berlaku secara tiba-tiba dan telah membuatkannya rasa takut dan seram sejuk.

“Saya terus tutup api dan panggil suami. Suami minta saya berhenti masak dan buang sahaja kuetiau tersebut,” jelasnya.

Menurut Ummi, itu merupakan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku dalam hidupnya.

“Saya merupakan suri rumah, selama 34 tahun saya hidup tidak pernah saya goreng kuetiau jadi sebegini.

“Selepas kejadian tersebut, saya rasa trauma dan takut. Saya banyakkan istighfar kerana mungkin kejadian tersebut berlaku disebabkan saya masak pada waktu Maghrib,” katanya.

Lebih menghairankan, Ummi cuba memasak kuetiau goreng sekali lagi beberapa minit kemudian, namun hidangannya pada waktu tersebut tidak pula bertukar warna.

“Selepas itu saya masak sekali lagi, tetapi syukur cantik kejadiannya, tidak lagi hitam legam seperti sebelum ini.

“Adik beradik ada kata mungkin saya terletak lebih kicap, namun saya yakin tidak bahan-bahan tersebut secara berlebihan ketika memasak kuetiau ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, Ummi percaya mungkin ada ‘sesuatu’ yang telah membuatkan masakkannya bertukar warna.

“Mak saya pun ada pesan, abaikan sahajalah apa yang berlaku. Mungkin ada seseorang ‘hantar’ sesuatu tetapi kita tidak tahu,” katanya.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 3,711 tanda suka dan 400 komen. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... u-jadi-hitam-legam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.491866 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list