CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2735|Reply: 0

Aliyu pula dikaitkan dengan NSFC?

[Copy link]
Post time 28-2-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode

ALIYU Abu Bakar turut dikaitkan dengan NSFC. FOTO Agensi.

Seremban: Selepas penyerang muda Jepun, Takumi Sasaki, kini pemain kebangsaan Nigeria, Aliyu Abu Bakar pula turut dikaitkan dengan pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam persiapan kelab itu menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Pemain berusia 27 tahun itu dikatakan sedang diintai kelab berkenaan untuk mengisi kuota pemain import dalam usaha memperkuatkan pasukan terutama di bahagian pertahanan tengah.

Selama dua musim sebelum ini, Negeri Sembilan menyandarkan khidmat pemain import sasa, Herold Goulon yang beraksi di posisi terbabit tetapi selepas kontrak pemain berasal dari Peranchis itu tidak disambung, posisi berkenaan kini dikatakan masih kosong.

Aliyu mungkin memenuhi kriteria diperlukan skuad Hobin Jang Hobin kerana pemain terbabit pernah beraksi di liga utama beberapa buah negara seperti Finland, Belarus dan Kazakhstan.



Malah, dia yang memiliki ketinggian 1.88 meter juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bola sepak termasuk pernah beraksi bersama beberapa kelab di liga terkemuka di Eropah dan beberapa lain.

Ketika ini, Aliyu dikatakan beraksi bersama kelab divisyen dua Liga Kazakhstan iaitu kelab Khan Tengri dan sudah tampil sebanyak tiga penampilan.

Sementara itu, NSFC masih enggan mendedahkan identiti pemain import baharunya yang akan memperkuatkan skuad terbabit pada musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus, sendiri menegaskan bahawa proses berhubung kontrak pemain import sedang berjalan dan kelab itu akan membuat pengumuman sebaik keputusan muktamad dimeterai.

"Mengatakan NSFC mengintai khidmat pemain import seperti Hein Htet Aung, Jacque Fay, Aliyu Abu Bakar dan Takumi Sasaki, hanyalah khabar angin," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial penyokong pasukan itu.

Beliau juga memaklumkan secara keseluruhannya, pembentukan skuad Negeri Sembilan untuk menghadapi saingan Liga M setakat ini sudah mencapai 80 peratus.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kaitkan-dengan-nsfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.057792 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list