CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2786|Reply: 0

[Selangor] Wanita dakwa wajib beri upah kepada ibu menyusu

[Copy link]
Post time 28-2-2024 01:16 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar hantaran tular seorang wanita di aplikasi X.

PETALING JAYA – Seorang wanita kini mendapat kecaman orang ramai di aplikasi X setelah memuat naik satu hantaran mendakwa upah tertentu wajib diberikan kepada isteri yang sedang menyusukan anak.

Menurutnya, pengorbanan seorang ibu yang menyusukan anak sangat besar dan sudah tentunya lebih mahal berbanding nilai yang perlu dibelanjakan jika perlu membeli susu formula.

“Anak saya gigit semasa menyusu malam tadi dan sakitnya rasa sampai sekarang. Sangat menyakitkan, sampai rasa hendak demam.

“Sebab itu dalam agama, wajib bagi upah menyusu kepada para ibu. Kalau susu formula mahal, sakit perit ibu menyusu anak ini apa pula harganya?,” katanya dalam hantaran tersebut.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat kecaman daripada orang ramai dan rata-ratanya meminta dalil yang membuktikan bahawa dakwaan tersebut benar.

“Suami tidak wajib beri upah menyusu kepada isteri kerana sememangnya suami wajib beri nafkah, maka tak dibebankan lagi dengan upah tambahan yang lain.

“Sekiranya perkara tersebut dilandaskan pada ayat 6 surah al-Talaq, ayat tersebut adalah berkenaan isteri menyusu anak yang telah diceraikan dan habis iddahnya,” jelas Muzuza.

“Ya, kami kaum lelaki faham betapa peritnya melahirkan dan membesarkan anak dan kami sangat menghargai pengorbanan isteri kami. Tetapi, bab Al-Quran jangan sesekali tafsir ikut sesuka hati. Jangan,” kata Nazhif.

“Kasihan, anak sendiri hendak menyusu pun minta macam-macam. Itu sudah anak sendiri, bukannya anak kucing. Mak ayah kita dulu banyak berkorban demi anak tercinta, jadi kita janganlah berkira,” kata Anggun.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 5,000 tanda suka dan 3.3 juta bacaan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... kepada-ibu-menyusu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.313198 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list