CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1734|Reply: 0

Dubravka wira The Magpies

[Copy link]
Post time 28-2-2024 11:51 AM | Show all posts |Read mode

MARTIN Dubravka merebahkan badan menepis sepakan penalti pemain Blackburn Rovers. FOTO Agensi

London: Martin Dubravka dijulang sebagai wira Newcastle United apabila penjaga gol itu berjaya menyelamatkan dua penalti dalam penentuan sepakan penalti untuk mengenepikan Blackburn Rovers sekali gus mara ke suku akhir Piala FA.

Dalam aksi itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam waktu sebenar sebelum Dubravka menampilkan aksi menakjubkan dengan menepis dua sepakan penalti untuk menghadiahkan kemenangan 4-3 di penentuan penalti.

Perlawanan yang berlangsung di Ewood Park itu cukup menghiburkan di mana masing-masing saling berbalas serangan namun ketumpulan jentera hadapan menyaksikan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, tempo perlawanan ditingkatkan bagi memburu gol dengan kedua-dua pasukan meraih beberapa peluang keemasan.


Begitupun gol yang dicari hanya menjelma pada minit ke-71 hasil jaringan Anthony Gordon untuk meletakkan Newcastle United di depan.

Tuan rumah yang mendapat sokongan penyokong sendiri kembali mengikat dengan gol penyamaan Sammie Szmodics lapan minit kemudian.

Kedua-dua pasukan terus berusaha mendapatkan gol kemenangan tetapi setiap percubaan mereka dinafikan masing-masing oleh Dubravka dan penjaga gol Blackburn, Aynsley Pears.

Dubravka tampak lebih tangkas untuk menyelamatkan dua sepakan sekali gus menepati ramalan mara ke peringkat berikutnya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bravka-wira-magpies
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.039729 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list