CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3939|Reply: 0

[Selangor] Pelanggan ‘kantoi’ banyak kali makan, tapi tak bayar

[Copy link]
Post time 27-2-2024 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Pelanggan wanita 'kantoi' ditangkap pemilik restoran di Permatang Pauh, didakwa sudah banyak kali tidak membayar makanan.

PETALING JAYA – Seorang pelanggan wanita ‘kantoi’ ditangkap pemilik restoran apabila dia didakwa tidak membayar makanan bernilai hampir RM70 di sebuah premis masakan Pantai Timur di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Video pelanggan tersebut ‘kantoi’ dikongsikan pemilik restoran tersebut di TikTok dan difahamkan, wanita itu dikatakan telah membeli makanan beberapa kali di situ tanpa membayarnya.

“Suspek dikesan, nak makan sedap tapi tak nak bayar. Kali ni nilai dia hampir RM70. Kan dah ‘kantoi’, selalu buat. Allah nak tunjukkan, ingat benda jadi darah daging.

“Kalau tak ada duit nak makan, bagitahu, kami bagi saja. Tinggal makanan atas meja (lepas ‘kantoi’), kata nak ambil duit dalam kereta. Hilang macam tu,” menurut kapsyen video tersebut.

Dalam video berasingan, pemilik restoran tersebut yang juga pasangan suami isteri menjelaskan, wanita itu membeli kira-kira enam bungkus nasi kerabu, minuman serta makanan lain yang dihantar pihak vendor di restoran itu.

“Kami dapat kesan kelakuannya tiga kali, yang selebihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pertama kali, dia ambil makanan keluar macam tu saja, kali kedua masih macam tu dan kali ketiga, kami rancang buat video sengaja rakam sebagai bukti.

“Kalau betul nak bayar, mesti terus ke kaunter. Bila kami sekat, dia cakap kami pun tak faham, jawapan yang tak munasabah. Kami tarik dia ke belakang.

“Saya nasihatkan dia tak boleh buat macam ni, kenapa nak curi dan saya nasihatkan takkan nak bagi makan anak-anak (mencuri),” ujarnya.

Mengulas lanjut, pemilik restoran itu memaklumkan, mereka juga tidak kisah sekiranya pelanggan memberitahu tidak cukup atau tidak mempunyai wang untuk makan.

“Sekiranya tiada duit, datang saja dan bukan tunggu lepas pukul 5 petang untuk makanan yang tak habis. Kami tak kisah kerana ada pelanggan sebelum ini, tak mampu nak makan tiada duit, dia terus beritahu saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... kan-tapi-tak-bayar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.233514 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list