CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1082|Reply: 0

[Sabah] 1,000 belia bakal menerima manfaat projek amal JCI Tanjung Aru

[Copy link]
Post time 26-2-2024 07:24 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: JCI Tanjung Aru merakamkan gambar kenangan ketika mengadakan kunjungan kepada Phoong.

KOTA KINABALU: Junior Chamber International (JCI) Tanjung Aru meletak sasaran bagi menyediakan peluang serta impak positif kepada 1,000 golongan muda menerusi kepelbagaian aktiviti pembangunan yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Usaha itu selari dengan Pelan Tindakan yang diilhamkan Presiden JCI Tanjung Aru 2024, Amanda Yong dan para Lembaga Pengarahnya yang akan mengangkat sumpah pada Majlis Pertabalan JCI Tanjung Aru 2024 ke-43 di sini pada 3 Mac depan di Dewan Hakka.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun telah dijemput untuk menjadi tetamu kehormat pada majlis itu.

Sebagai organisasi tempatan yang berusia 43 tahun, JCI Tanjung Aru adalah organisasi JCI terbesar di Sabah dengan sejumlah 64 keahlian.

Pada 2023, JCI Tanjung Aru menerima pelbagai anugerah cemerlang atas pencapaian yang telah dicapai.

JCI Tanjung Aru juga telah menerajui beberapa projek komuniti sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang disokong ramai pemimpin usahawan serta komuniti, mereka juga bersama-sama memberikan sumbangan positif ke arah komuniti tempatan.

JCI Tanjung Aru kali ini akan melancarkan JCI Belia pertama di Sabah, dengan kerjasama Jesselton University College. Disasarkan seramai 400 belia akan menerima manfaat hasil kerjasama itu.

Pada majlis itu nanti, satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan JCI Malaysia untuk mendapatkan hak tuan rumah penganjuran kepada Persidangan JCI Malaysia Kebangsaan (Natcon) akan dimeterai.

Dijadualkan diadakan di Kota Kinabalu pada 17 Oktober sehingga 19 Oktober tahun ini. Ia merupakan persidangan terbesar JCI Malaysia, dan JCI Tanjung Aru komited untuk membawa lebih 1,000 delegasi dari seluruh negara dan luar negara hadir ke Sabah.

JCI Tanjung Aru juga ingin menghargai sokongan daripada penaja seperti ITCC Shopping Mall, G & A Group, Deevin Development Sdn Bhd, Sunway Medical Centre Sdn Bhd, Jesselton University College, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Universal Chery Sdn Bhd, Ayamesra Sdn Bhd, TCT Trading Sdn Bhd, Dato' Winnie Lee, Innatech Aqua Culture Sdn Bhd, Datuk Dexter Lau, Crest Megaway Sdn Bhd, Aluminium Y.S Sdn Bhd, SS Signitive Holdings Sdn Bhd, Gleneagles Hospital Kota Kinabalu, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI), Datuk Marcus Mojigoh dan Filken Wellness Sdn Bhd.

Lembaga Pengarah JCI Tanjung Aru 2024 termasuklah Presiden Amanda Yong, Mantan Presiden Kevin Khor Jun Jie, Eksekutif Naib Presiden Joanna Chong kae suan, Bendahari Lim Ja Yi, Setiausaha Liau Chen Hong, General Legal Counsel Yee Keh Wei, Naib Presiden (Perniagaan) Lim Wuang Ching, Naib Presiden (Individu) Lo Hong En, Naib Presiden (Komuniti) Eric len joon yih dan Naib Presiden (Antarabangsa) Lee Wei Shen.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.348967 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list