CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1704|Reply: 0

[Kelantan] Aktiviti pelayaran sungai bakal rancakkan pelancongan Kelantan

[Copy link]
Post time 26-2-2024 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Aktiviti pelayaran sungai bakal rancakkan pelancongan Kelantan

OlehADILA SHARINNI WAHID
26 Februari 2024 05:24pm




Tarikan lokasi menarik Sungai Pengkalan Datu.




KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan dalam usaha merancakkan pelancongan di negeri ini menerusi kewujudan aktiviti pelayaran sungai di Pengkalan Datu dan Kuala Besar, di sini pada masa akan datang.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, usaha termasuk mengenal pasti hentian-hentian yang menarik di sepanjang pesisir sungai dan pembinaan jeti-jeti melalui peruntukan promosi pelancongan yang berjumlah RM3.3 juta.



Menurut Kamarudin, pihaknya juga meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) untuk menaikkan papan tanda di lokasi-lokasi menarik yang dijangka termasuk dalam rangka pelayaran sungai tersebut.


Kamarudin




“Ketika ini dalam peringkat akhir untuk mewujudkan pelayaran sungai atau river cruise di Kuala Besar menuju ke pulau-pulau di kawasan Tumpat seperti Pulau Suri dan Teluk Renjuna.



“Satu lagi river cruise di sungai Pengkalan Datu bermula daripada Pasir Tumbuh terus ke hilir sampai ke Kuala Pengkalan Datu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2024 di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Ahad.

Majlis dirasmikan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Kamarudin turut memberi gambaran pelayaran sungai itu akan melibatkan lawatan ke tempat-tempat bersejarah antaranya ziarah ke Tanah Perkuburan Kota Jembal melalui sungai Pengkalan Datu yang menempatkan kubur ulama juga bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.






Orang ramai menaiki bot menyusuri Sungai Pengkalan Datu. - Foto hiasan




“Kami juga dalam proses membuat beberapa jeti di kawasan tarikan itu supaya orang ramai berhenti dan dapat melakukan lawatan.

“Trip pelayaran sungai ini disertakan dengan bantuan pemandu pelancong yang akan memberi penjelasan berkaitan maklumat sesuatu tempat singgahan tersebut,” kata beliau.

Tambahnya, perbincangan antara kumpulan pemilik bot di negeri ini juga akan dilakukan bagi menentukan harga dan pakej-pakej sesuai dengan pelayaran sungai itu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.129852 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list