CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2821|Reply: 0

‘Sukar Untuk Kami Buat ‘Show’ Bersama Lagi Di Atas Pentas’ – Ameng Spring

[Copy link]
Post time 26-2-2024 05:41 PM | Show all posts |Read mode




Vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail mendedahkan para peminat kugiran yang terkenal pada era 90-an itu tidak mungkin dapat melihat mereka bersama melakukan persembahan di atas satu pentas.

Ketika ditemui OhBulan!, Ameng berkata komitmen yang dipunyai ahli kumpulan Spring yang lain menyukarkan mereka untuk bersama dan menghiburkan para peminat di atas satu pentas yang sama.

Sebenarnya bila saya dapat tawaran untuk buat ‘show’, ramai ja yang minta untuk saya bawakan kumpulan Spring atas satu pentas tetapi saya tak dapat nak tunaikan.

Boleh saya katakan sukar itu saya tunaikan permintaan itu kerana mereka (ahli kumpulan) sudah mempunyai komitmen masing-masing.

Iskandar (gitaris) ketika ini diuji dengan sakit lumpuh, Azhar (gitaris) pula dah tubuhkan kumpula baharu dan pemain dram kita pun sekarang ini tengah usahakan perniagaan durian.

Jadi, sukar untuk saya bawakan mereka di atas satu pentas yang sama.

Ketika ditanya adakah perkara itu mendatangkan satu kerugian buatnya, penyanyi berusia 55 tahun ini tetap akur kerana menanggap tidak mempunyai rezeki untuk membuat persembahan di atas satu pentas yang sama.

Kalau nak cakap soal untung rugi ini, di mana-mana pun akan berlaku cumanya saya akur.

Lagi pula, isu ini melibatkan kesihatan ahli kumpulan Spring yang bukan bidang kuasa saya.

Lainlah kalau saya tak dapat satukan mereka atas sebab masalah melibatkan ‘attitude’. Kalau masalah ‘attitude’ mungkin itu akan merugikan.

Ameng berkongsi perkara tersebut ketika ditemui sidang media Konsert Rock Legend Berzaman yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, pelantun yang popular dengan lagu ‘Sampai Hati’ ini menyatakan bahawa dirinya sama sekali tidak akan mengambil mana-mana individu untuk dijadikan sebagai ahli kumpulan Spring hanya semata untuk menunaikan permintaan penganjur.

Menurut Ameng, dia merasakan perbuatan itu sebagai satu perbuatan yang tidak jujur buat para peminat.

Ada masanya penganjur minta untuk saya bawa siapa-siapa menggantikan kumpulan asal dan buat persembahan.

Saya tak boleh buat perkara itu sebab saya rasa macam tak jujur dengan peminat. Tambahan pula, kumpulan Spring tak pernah berpecah.

Kalau boleh saya nak bawa anggota asal sebab para peminat dah kenal dah siapa ahli kumpulan Spring.

Jadi, saya pun tak selesa jika ada peminat bertanyakan bermacam soalan sekiranya saya menggantikan mereka dengan orang lain hanya untuk buat persembahan atas pentas.

Sekadar info, Ameng bakal menjayakan Konsert Rock Legend Berzaman bersama lapan lagi penyanyi rock lagenda tanah air.

Antara penyanyi rock lain yang akan membuat persembahan ialah Azan Scan, Amir Ukays, Zamani Slam dan ramai lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.062371 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list