CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2706|Reply: 0

[Terengganu] Kes lemas meningkat 12 peratus tahun lalu

[Copy link]
Post time 26-2-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KUALA NERUS – Sebanyak 325 kes lemas sepanjang tahun lalu, peningkatan 12 peratus berbanding 290 kes pada tahun 2022.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, kes lemas di sungai atau tali air merupakan yang tertinggi dilaporkan iaitu 185 kes atau 57 peratus.

“Di Terengganu sahaja terdapat 23 kes lemas sepanjang tahun lalu dengan 29 mangsa meninggal dunia manakala 47 berjaya diselamatkan,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Sijil 30 Tahun dan Sijil Khidmat Terpuji JBPM Terengganu di hari ini.

Nor Hisham berkata, peningkatan kes lemas terbabit cukup merisaukan dengan tempat tumpuan terutama kawasan rekreasi di air mula menjadi tumpuan pengunjung ekoran cuaca panas di seluruh negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, JBPM mengambil pendekatan meningkatkan rondaan dan pemantauan di lokasi riadah yang menjadi tumpuan ramai.

“Tahap kesedaran terhadap risiko kejadian lemas masih kurang memuaskan, amat penting untuk JBPM sentiasa mendidik masyarakat. Tindakan lebih agresif turut diambil iaitu memperluaskan Majlis Keselamatan Aktiviti di Air (MKAA) selain mengadakan kempen keselamatan berkaitan langkah keselamatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... peratus-tahun-lalu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 1.125630 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list