CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3040|Reply: 0

[Kelantan] Pemilik syarikat didakwa palsukan maklumat Penjana Kerjaya bernilai RM28,000

[Copy link]
Post time 26-2-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 26-2-2024 04:19 PM

KOTA BHARU: Seorang pemilik sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas sembilan pertuduhan memalsukan maklumat berkaitan dana insentif Program Penjana Kerjaya 1.0 (Penjana Kerjaya) berjumlah RM28,000 yang dilakukannya pada 21 Julai 2020 hingga 6 Oktober 2020.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Hilmi Zolkifli, 35, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberi maklumat palsu kepada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka, Nurshahera Nordin, 34, secara dalam talian dengan mendaftarkan nama sembilan individu dalam portal Penjana Kerjaya bagi mendapatkan insentif antara RM1,600 hingga RM4,000 sedangkan mereka bukan pekerja syarikat Momentum Niaga Training & Consultancy.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah syarikat di Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Kok Lanas di sini, antara 21 Julai 2020 hingga 6 Oktober 2020.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mariah Omar dan Tengku Tuan Nurul Haziqah Yacob, manakala tertuduh diwakili peguam, Yvonne Gan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 untuk semua pertuduhan dan menetapkan 31 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Muhammad Hilmi didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas sembilan pertuduhan memalsukan maklumat berkaitan dana insentif Program Penjana Kerjaya pada 2020. NSTP/ NIK ABDULLAH NIK OMAR

https://www.bharian.com.my/berit ... na-kerjaya-bernilai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.466335 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list