CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2586|Reply: 0

NSFC rancang mulakan latihan minggu depan

[Copy link]
Post time 26-2-2024 03:46 PM | Show all posts |Read mode

Azzmi Aziz antara nama yang dikaitkan dengan posisi ketua jurulatih NSFC musim 2024/2025. FOTO Ihsan agensi.

Seremban: Berbaki dua bulan lebih menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025 membuka tirainya, Negeri Sembilan FC (NSFC) bertindak agresif dalam usaha membentuk skuad mantap musim ini.

Selepas berjaya menyelesaikan sepenuhnya tunggakkan gaji pemain baru-baru ini, fokus kelab berkenaan kini terarah kepada usaha memilih pemain tempatan dan import yang akan membarisi skuad Hobin Jang Hobin.

Setakat ini, lima pemain musim lalu yang telah diumumkan kekal bersama pasukan terbabit manakala sebahagian pemain lagi dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh terdekat untuk membolehkan latihan persiapan awal dimulakan awal bulan depan.

"Kita merancang untuk pasukan memulakan latihan awal bulan depan sebaik dapat mengumpulkan sebahagian besar pemain. Proses mengikat pemain berjalan berterusan, namun persiapan awal dari segi latihan perlu dimulakan secepat mungkin.



"Dari segi kedudukan ketua jurulatih ia sudah dimuktamadkan namun kita hanya akan mengumumkan nama pengendali itu pada minggu pertama Mac ini.

"Biar kami selesaikan dulu beberapa urusan yang berkaitan sebelum mengumumkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus ketika ditemui di Rembau, semalam.

Sebelum ini, Faliq memberi bayangan bahawa ketua jurulatih Negeri Sembilan yang baharu adalah orang tempatan dan dia mempunyai berpengalaman kerana pernah melatih sebuah pasukan Liga Super musim lalu selain pernah bersama NSFC iaitu ketika di bawah Negeri Sembilan FA sebelum ini.

Sebelum ini beberapa nama jurulatih tempatan dikaitkan dengan posisi ketua jurulatih Negeri Sembilan antaranya bekas jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz dan bekas penolong jurulatih Kelantan FC yang juga bekas pemain Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya.

Dalam pada itu, beberapa pemain berpengalaman Negeri Sembilan musim lalu ketika dihubungi menanti penuh debar mengenai kedudukan mereka dalam pasukan terbabit kerana sehingga kini belum menerima 'hitam putih' daripada pengurusan NSFC, walaupun sudah ada perbincangan dan persetujuan secara lisan antara kedua-dua pihak.

Mereka berharap NSFC dapat mengeluarkan surat jaminan terlebih dulu bagi memudahkan pemain terutama mereka yang berkeluarga dan berada di luar Negeri Sembilan.

"Saya dimaklumkan pasukan bercadang untuk memulakan latihan pada awal Mac ini tetapi saya belum menerima 'hitam putih' daripada kelab walaupun kelab bersetuju mengekalkan saya musim ini," kata seorang pemain pertahanan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... atihan-minggu-depan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.062690 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list