CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2328|Reply: 0

[Selangor] 3.80 juta individu selesai kemas kini maklumat di Padu

[Copy link]
Post time 26-2-2024 03:13 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) telah merekodkan jumlah pengemaskinian maklumat individu seramai 3.80 juta orang berdasarkan sumber data pentadbiran setakat semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook PADU Official hari ini, pihaknya berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan diberikan dalam mengemaskini maklumat diri dan keluarga dalam sistem tersebut.

“Jumlah pengemaskinian maklumat individu yang direkodkan sehingga 25 Februari 2024 pukul 11.59 malam telah mencapai seramai 3.80 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem Padu,” katanya.

Menurut infografik yang turut dikongsikan bersama hantaran itu, Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 0.57 juta individu, diikuti Sarawak (0.49 juta), Johor (0.37 juta) manakala Perak (0.34 juta) dan Sabah (0.32 juta) individu.


Infografik yang dikongsikan di Facebook PADU Official.

Bagi negeri-negeri lain pula, Kedah dan Kelantan masing-masing merekodkan (0.26 juta) individu, Kuala Lumpur (0.25 juta), Pahang (0.21 juta), Terengganu (0.20 juta), Pulau Pinang (0.19 juta), Negeri Sembilan (0.16 juta), Melaka (0.11 juta), Perlis (0.05 juta), Putrajaya (0.02 juta) dan Labuan (0.01 juta) individu.

Orang ramai boleh mengemas kini maklumat mereka di Padu menerusi laman sesawang www.padu.gov.my, yang dibuka sehingga 31 Mac depan. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... i-maklumat-di-padu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.065444 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list