CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4105|Reply: 9

[Tempatan] Selamba jual nama nabi

  [Copy link]
Post time 26-2-2024 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 26-2-2024 12:14 PM

KOLUM | Selamba jual nama nabi
Faisal Tehrani
Diterbitkan:  Feb 24, 2024 8:00 AM



Ada dua jenis Melayu totok hari ini. Pertama, ialah mereka yang menjual mimpi. Iaitu kisah-kisah seperti saya atau si dia pernah bermimpikan Nabi. Makanya, masakan kita akan menolak atau menentang seseorang yang pernah bermimpikan Nabi.

Ini kerana baginda Nabi adalah sosok mulia, maka memimpikannya juga tentulah seseorang yang mulia. Bila orang itu mulia masakan kita tidak mengikutnya.

Dalam kerangka Ahli Sunnah, mimpi bertemu Nabi SAW ini dipercayai benar bersandarkan dalil hadis daripada Anas RA yang katanya:

"Nabi saw bersabda: 'Sesiapa melihatku di dalam mimpi maka bererti dia telah melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak akan dapat menjelma sepertiku." (riwayat al-Bukhari).

Makanya hujah mereka yang menjual mimpi ialah mimpi melihat Nabi SAW itu adalah satu kemuliaan dan penghormatan kerana Allah SAW memelihara baginda saw sehingga syaitan tidak dapat menyerupai baginda walaupun di dalam mimpi.

Dalam konteks inilah keluarbiasaan tersebut iaitu bermimpikan Nabi dianggap hanya dapat terjadi kepada wali Allah sebagai karamah. Makanya ada banyak kisah dan dakwaan yang sesetengah ulama yang mencapai makam wali Allah pernah bermimpikan Rasulullah.

Antara lain adalah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, Syeikh Ibn al-Arabi, al-Habib Umar al-Attas, dan ramai lagi tidak terhitung.

Bagaimana kita akan memastikan tokoh-tokoh di atas pernah atau betul-betul bermimpikan Nabi? Misalnya bagaimana kita hendak menyanggah kononnya Abdul Hadi Awang pernah bermimpikan Nabi? Kita tiada dalam mimpi tersebut.



Hashim (kiri) dan Hadi - dua pemimpin paling kanan PAS

Kita juga bukan teman tidur Abdul Hadi sehingga kita boleh melihat tampang dan wajahnya yang tidur itu terkemut-kemut riak muka atau terkesip-kesip matanya menandakan dia sedang menghadapkan Nabi dalam mimpi.

Kita hanya mengetahui Abdul Hadi bermimpikan Nabi kerana Abdul Hadi memberitahu Hashim Jasin yang dia bertemukan Nabi dalam mimpi. Justeru hujah kita tinggal hanya, takkanlah Hashim Jasin berbohong atau masakan Abdul Hadi Awang menipu berjumpa Nabi?

Ini kerana menurut Hashim, beliau mengetahui mengenai perkara itu selepas berbicara secara tertutup dengan Abdul Hadi.

Tambah Hashim, Abdul Hadi sangat jarang menceritakan mimpi yang dialaminya kepada orang ramai (memang semua kita pun begitu bukan?) dan kononnya pengalaman dalam tidur bertemu dengan Nabi Muhammad itu biasanya berlaku sebelum ada sesuatu kejadian besar berlaku.

Takkan dapat ubah hukum

"Dia seorang yang kerap bermimpi bertemu Rasulullah. Ustaz Hadi (kalau) ada perkara besar, dia akan mimpi bertemu Rasulullah, tapi benda ni tak bolehlah jadi hujah sebab ini mimpi," katanya.

Jika Langkah Sheraton itu besar, maka kita boleh hujahkan mungkinkah Abdul Hadi ada bermimpikan Nabi sebelum berlaku Langkah Sheraton yang mengakibatkan tertubuhnya sebuah kerajaan dengan jumlah 31 orang menteri, 38 orang timbalan menteri yakni 70 orang keseluruhannya (termasuk perdana menteri).

Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu mendedahkan ada pemimpin negara berpendapatan bulanan sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah aset melebihi RM10 juta.

Menteri yang berada di tangga kedua kayanya berpendapatan RM87,877.20 sebulan. Seorang pemimpin dari Sabah, sebuah negeri miskin dan melarat; beroleh RM85,450 sebulan.

Adakah Nabi ada muncul dalam mimpi Abdul Hadi sebelum berlakunya Langkah Sheraton. Ini kerana langkah itu adalah sesuatu yang besar dalam politik Malaysia dan perbelanjaan kerajaan itu juga besar.

Tapi tentu sukar untuk kita mengalih atau menyanggah memandangkan Hadi pernah bermimpikan Nabi (meskipun tiada kaitan dengan Langkah Sheraton), makanya tentulah dia wali.

Satu hal yang tidak kita pertimbangkan adalah dalam agama Islam bermimpikan Nabi sama sekali tidak akan dapat mengubah hukum syarak apatah lagi menambah atau mengurang hukum baru setelah lengkap pensyariatan yang dibawa oleh Rasulullah.

Dalam hal ini, lojik kita akan memberitahu bahawa Langkah Sheraton membawa mudarat kepada negara kerana ia merosakkan pertumbuhan ekonomi. Oleh sebab ia episod yang besar dalam gerakan politik negara ini maka mustahil untuk ‘wali’ yang selalu bermimpi tatkala akan berlaku perkara besar tidak bermimpikan hal ini.

Akan tetapi insiden ini bukan sesuatu yang boleh dihujahkan secara semberono memandangkan ia juga satu kejadian yang penuh khianat dan curang yang merupakan satu dosa dan kesalahan dalam kerangka beragama. Selamat dikatakan Hadi tidak bermimpikan Nabi sebelum kejadian Langkah Sheraton yang besar itu.

Akan tetapi kita tidak akan tahu kerana kita tiada dalam mimpi itu, dan bukan pula teman tidur Abdul Hadi. Makanya kita hanya berharapkan cerita Hashim Jasin.

Jika mendengar pusingan dan jungkir balik lojik di atas mendatangkan kepusingan dan kekeliruan maka kita pun tahu bahawa bermimpikan Nabi meskipun berlaku kepada orang-orang mulia tidak boleh membatalkan dengan sebabnya itu sunnah yang yang telah sabit dan ia juga tidak boleh menetapkan sesuatu yang bukan sunnah sebagai sunnah.

Pentadbiran cekap sunnah Nabi

Sunnah Nabi ialah pentadbiran politik yang cekap, dan menghindar pembaziran. Makanya Langkah Sheraton yang huru-hara dan menjejaskan kepesatan ekonomi selain berbelanja bazir itu adalah sesuatu yang bukan sunnah pastinya.

Kita juga perlu beringat yang selain ia hanyalah satu mimpi, ia sama sekali tidak memadamkan kedudukan orang yang betul-betul pernah menemui Nabi. Mereka yang pernah menemui Nabi pun ada macam-macam jenis.

Ada yang menjadi sahabat terdekat. Ada juga yang pernah bertemu Nabi itu menjadi musuh ketat. Abu Lahab, Abu Jahal, dan Abu Sufyan semuanya pernah menemui Nabi. Akan tetapi mereka tetap bersungguh menentang Nabi.

Justeru bermimpikan Nabi belum tentu dapat dijadikan sandaran atau hujah untuk kita bersikap taksub.

Keduanya, ialah jenis Melayu totok yang mendakwa dia memiliki nasab atau daripada keturunannya Nabi. Kita mestilah mengingat di zaman penuh penipu atau scammer ini mengakukan diri dengan selamba sebagai Tengku, sebagai polis malah, sebagai Datuk atau Datuk Seri, sebagai Dr atau profesor dan sebagai ustaz sudah menjadi satu kebiasaan.


Muhammad Amin al-Idrisi yang dikatakan mendakwa sebagai cicit Nabi Muhammad SAW, gambar hiasan

Yang menjadi tidak biasa ialah masyarakat atau umat Melayu yang lekas terpikat, terpedaya dan mudah percaya dengan dakwaan penipuan begini. Begitu banyak keadaan beginilah bermulanya gerakan sesat yang membenih menjadi gerakan jenayah.

Lebih sebal ialah dalam bulan yang mana ada pendedahan sang pengaku maula dari keturunan Nabi yang ke-38 ini jugalah kita berdepan dengan sekian banyak pemerdayaan dan jenayah dari orang yang mengaku kaki agama, baik lelaki mahupun perempuan.

Dari kaki kapur harta negara, kepada kaki porno, kepada kaki penunggang agama; semuanya berpusat kepada satu: penjualan agama.

Maka memang kita perlu berwaspada dengan mereka yang membuat dakwaan mereka adalah dari keturunan mulia - iaitu keturunan Nabi. Lagipun kalau betul seseorang itu daripada keturunan Nabi tentulah dia akan berwaspada pula dengan orang yang ingin ditemuinya.

Melainkan yang bertemu dengan dia itu pun scammer. Jadi scammer bertemu scammer, atau dalam bahasa lain; penunggang agama bertemu penunggang agama. Cuma asal rantau sahaja berbeza.


FAISAL TEHRANI ialah pengarang dan felo pengkaji di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la aku kurang faham apa point kau sebenarnya. Rupanya penulis si Faisal Takheranni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 04:57 PM | Show all posts
Panjang nya bebelan. Baca tajuk ja lah dulu.

OK setuju.


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 05:46 PM | Show all posts
Melainkan yang bertemu dengan dia itu pun scammer. Jadi scammer bertemu scammer, atau dalam bahasa lain; penunggang agama bertemu penunggang agama. Cuma asal rantau sahaja berbeza.


Dia ni, memang berkuntum dalam porem Cari kaa...?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 05:54 PM | Show all posts
Tapi kalau tengok kat youtube, ramai je orang biasa claim pernah mimpi Nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap manusia akan mengalami sebuah fasa tercari2 agame ataupon punya perasaan ingin bersandar pade sesuatu.  Kita tahu kita akan mati.  Mati je habes segale2nye..  Tapi bila kita belajar agame & konsep syurge/nerake kita akan lege siked.   Kita sudah ade destinasi selepas mati.  Jadi sape yang ajar kita agame?  Nabi & rasul.  Pade aku it's all a concept.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2024 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumbodi summarise plis
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca punya baca, hek eleh sekali penulis acik syiah berselindung di sebalik nama tehran. Poja sangat kiblat heols ittuew.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2024 04:53 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 26-2-2024 05:54 PM
Tapi kalau tengok kat youtube, ramai je orang biasa claim pernah mimpi Nabi.

Yg claim nampak Malaikat di langit Kaabah pun ada.... ini kan pula hanya mimpi. Entahlah... hanya mereka sendiri yg tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 12:03 PM | Show all posts
Begitulah kalau masyarakat tak berilmu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.659308 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list