CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1203|Reply: 0

[Sabah] Velvet promosi album ‘Darkest Knight’ 2 Mac depan

[Copy link]
Post time 25-2-2024 10:50 PM | Show all posts |Read mode


VELVET

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, penyanyi Velvet Aduk akan membawa persembahan eksklusif di Jao Tim pada 2 Mac depan untuk mempromosikan album Inggeris pertamanya berjudul ‘Darkest Knight’.

Menerusi konsert berdurasi lebih kurang dua jam, artis ternama dari Sabah ini akan mendendangkan 14 trek baru termasuk’What Are You Doing With Someone Else’s Husband?’ dan ‘Trauma Bond’.

Velvet bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan. Sebelum ini, dia telah pun meraih perhatian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan lagu viral seperti Sumandak Sabah, Oi Gaman dan Aramaitiii.

Yang ternyata, apabila digabungkan statistik, kesemua video Velvet sudah mencecah tontonan lebih 20 juta di YouTube. Namun, Velvet ingin terus melebarkan sayap dalam industri muzik tempatan.

Justeru, penyanyi dan pencipta lagu ini meluangkan masa lebih setahun untuk menghasilkan album berbahasa Inggeris bersama pemuzik asal Sabah, Andy O’Mail dan Brandon Laurie.

Berkat usaha gigih Team Velvet, album ‘Darkest Knight’ dilancarkan tahun lepas dan menonjolkan genre muzik berbeza dengan karyanya terdahulu yang bersifat kerakyatan.

Album baru ini mempamerkan sisi matang Velvet dengan lagu-lagu yang berkisar tentang kesakitan putus cinta, dan perasaan pasangan yang telah dicurangi.

Velvet berkata, dia mencipta album ini untuk mengekspresikan perasaan-perasaan yang seringkali sukar diungkapkan dengan kata-kata.

“Ia menceritakan pemerhatian sekeliling saya tentang aneka ragam manusia yang kompleks. Lirik-lirik saya semuanya jujur dalam menunjukkan bahwa cinta itu tidak selalu sempurna.

“Ia seperti suatu hubungan itu mungkin terlihat sempurna di mata orang, tapi hanya tuan badan yang mengetahui hal sebenar,” katanya.

Velvet turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Kementerian Komunikasi kerana memberi sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) melalui MyCreative Ventures.
“Sokongan ini telah membolehkan team saya dapat menghasilkan tujuh daripada 14 trek dalam album berkenaan.

“Tiket untuk menonton konsert yang berlangsung pada pukul 8.30 malam (Mac 2) di Jao Tim ini boleh dibeli di laman web https://www.jaotim.com/ pada harga RM100,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.421207 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list