CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 924|Reply: 0

[Sabah] Mantan Timbalan Presiden MPT santuni 41 penghuni RWT Air Panas Tawau

[Copy link]
Post time 25-2-2024 10:01 PM | Show all posts |Read mode


PRIHATIN: (gambar atas) Mantan Timbalan Presiden MPT Tony Koh menyampaikan kad ucapan Selamat Tahun Baharu Cina serta limau mandarin kepada kakitangan Rumah Warga Tua dan ‘Angpau kepada warga emas yang tinggal di sana. (gambar bawah) Mantan Timbalan Presiden MPT Tony Koh melutut berbual mesra dengan warga emas dan menyampaikan ‘Angpau’ serta limau mandarin kepada mereka.

TAWAU: Seramai 41 penghuni Rumah Warga Tua (RWT) Air Panas Tawau mendapat perhatian dan kunjungan daripada Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Tony Koh sempena sambutan Chap Goh Mei, hari ini.

Mantan Timbalan Presiden MPT, Tony Koh berkata, amalan menghormati orang tua perlu dilakukan setiap masa terutamanya pada musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina.

Katanya, setiap masyarakat perlu menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh orang tua kerana mereka sudah banyak menabur jasa untuk masyarakat dan negara ini.

“Orang tua telah berkhidmat dengan sepenuh jiwa raga dan hati mereka supaya golongan muda pada hari ini boleh hidup dengan pembangunan yang baik.

“Justeru, saya sebagai Mantan Timbalan Presiden MPT mengambil inisiatif datang menyantuni serta memberikan ‘Angpau’ dan limau mandarin kepada penghuni di sini bagi menghargai jasa mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyantuni dan memberikan sumbangan ‘Angpau’ serta limau mandarin kepada penghuni Rumah Warga Tua Air Panas, di sini hari ini.

Menurutnya, kunjungan dan sumbangan itu juga bertujuan supaya penghuni rumah warga tua ini sentiasa berasa dihargai dan tidak dipinggirkan oleh masyarakat.
“Kita mahukan mereka sentiasa senang hati dan bersemangat untuk menjalani hidup walaupun berada di rumah warga tua.

“Saya berharap agar lebih ramai lagi pihak yang datang ke rumah warga tua ini untuk menyantuni dan memberikan sumbangan kepada mereka,” katanya.

Tony Koh berkata, kemudahan di Rumah Warga Tua Air Panas ini juga sudah berubah serta semakin baik dan cantik.

“Penghuni di rumah ini juga dilihat semakin ceria kerana kediaman mereka sudah selesa dan kemudahan yang ada juga bertambah baik serta sesuai untuk warga tua.

“Saya juga berharap kerajaan sentiasa memberikan perhatian terhadap kemudahan di setiap rumah-rumah warga tua di negeri ini,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.055487 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list