CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5663|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Isu 'Mawla Amin': Polis siasat penyebaran salinan Nota Diplomatik Kerajaan Maghribi

[Copy link]
Post time 25-2-2024 05:30 PM | Show all posts |Read mode

Mawla Amin. FOTO Tular

Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan susulan penyebaran salinan Nota Diplomatik bertaraf sulit yang diterima Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan polis dibuat Pegawai Tadbir Diplomatik, Kementerian Luar Negeri di Balai Polis Melaka Tengah, Khamis lalu.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (pendedahan maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).

"Polis sudah merakam percakapan pengadu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini.



"Saksi-saksi yang lain akan dikenal pasti sejurus keterangan pengadu diperoleh," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Kementerian Luar Negeri (KLN) membuat laporan polis berhubung penyebaran salinan Nota Diplomatik itu.

KLN dalam kenyataannya memaklumkan, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung penyebaran berkenaan.

Terdahulu tular, surat daripada Kerajaan Maghribi berkaitan penjelasan mengenai lelaki sebagai 'Mawla Mohamed Amin al-Hassani' yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... diplomatik-kerajaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.720602 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list