CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5721|Reply: 0

[Kelantan] Ceroboh perairan: 23 nelayan Vietnam ditahan, dua bot bernilai RM3 juta dirampas

[Copy link]
Post time 25-2-2024 05:26 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Pasir Puteh: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan 23 nelayan warga Vietnam selain merampas dua bot dengan nilai keseluruhan RM3 juta dalam satu operasi Khamis lalu.

Pengarahnya Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata kedua-dua bot itu dirampas pada kedudukan 126 hingga 128 batu nautika dari muara Tok Bali selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan pada 7.22 pagi ketika rondaan dilakukan di sempadan perairan Malaysia-Vietnam.

"Kedua-dua bot pada awalnya tidak memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri ke sempadan perairan negara apabila diberi arahan untuk menghentikan bot.

"Sehubungan itu kapal APMM bertindak memintas bot berkenaan dan melakukan 'menaiki secara paksa' untuk menghentikan pergerakan mereka dan akhirnya berjaya menahan bot pertama pada 8.39 pagi diikuti bot kedua pada 9.27 pagi," katanya dalam sidang media di Pejabat APMM Kelantan di Tok Bali, di sini hari ini.


Katanya hasil pemeriksaan ke atas bot pertama dan kedua mendapati masing-masing mempunyai 17 dan enam kru termasuk tekong berumur antara 19 hingga 63 tahun.

Erwan Shah berkata pihaknya turut merampas kira-kira 1,000 kilogram (kg) hasil laut, peralatan menangkap ikan, peralatan navigasi dan komunikasi serta bekalan 2,000 liter diesel dalam dua bot terbabit.

Beliau berkata proses membawa balik kedua-dua bot itu mengambil masa lebih 24 jam sebelum tiba di jeti Maritim Negeri Kelantan pada 11 pagi, Jumaat.

Beliau berkata kedua-dua bot berkenaan disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan negara dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) kerana gagal mempamerkan dokumen kebenaran menangkap ikan.

Beliau berkata, dua tekong disyaki melanggar Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985 manakala kru disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Erwan Shah berkata APMM sentiasa melakukan rondaan setiap hari di sempadan perairan negara bagi mengekang aktiviti pencerobohan sekali gus memastikan sumber laut negara terpelihara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-bernilai-rm3-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.049581 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list